
TING 3 - KATA ADJEKTIF
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 6+ times
FREE Resource
11 Slides • 5 Questions
1
TATABAHASA
KATA ADJEKTIF
2
PENGENALAN KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai penguat.
Terdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu: (sila lihat slide yang berikut)
3
1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai unsur keterangan nama.
CONTOH : baik, lemah, curiga, kasar, cerdik, berani, pandai, takut
4
2. Kata Adjektif Warna
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
CONTOH : merah, ungu, putih, kelabu, biru, hitam, hijau, kuning
5
3. Kata Adjektif Ukuran
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
CONTOH : panjang, rendah, pendek, tebal, kecil, nipis, besar, kerdil
6
4. Kata Adjektif Bentuk
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur keterangan.
CONTOH : bulat, bengkok, lonjong, lurus, bujur, buncit, leper, kempis
7
5. Kata Adjektif Waktu
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur keterangan.
CONTOH : baharu, lampau, lama, lewat, segera, cepat, suntuk, awal
8
6. Kata Adjektif Jarak
Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep ruang sebagai unsur keterangan.
CONTOH : baharu, lampau, lama, lewat, segera, cepat, suntuk, awal
9
7. Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.
CONTOH : cepat, lincah, deras, laju, jelas, gopoh, sering, lambat
10
8. Kata Adjektif Perasaan
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian atau konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
CONTOH : rindu, suka, kasih, cinta, benci, gembira, segan, marah
11
9. Kata Adjektif Pancaindera
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama.
CONTOH : kasar, garau, comel, wangi, lazat, masin, segak, merdu
12
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 1
Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Perasaan?
Dia berasa sedih apabila saya pergi.
Suara penyanyi itu sungguh merdu.
Ruang tamu rumahnya sangat luas.
Hanim selalu datang awal ke sekolah.
13
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 2
Antara pilihan yang berikut, ayat manakah terdiri daripada Kata Adjektif Cara?
Mat Kilau terkenal dengan sifat beraninya menentang penjajah.
Mak Tom sangat mahir menganyam tikar.
Asiah memakai baju berwarna kelabu.
Pemandangan di kampung itu sungguh indah.
14
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 3
Hanim selalu datang awal ke sekolah.
Nyatakan jenis kata adjektif bagi ayat diatas.
Kata Adjektif Waktu
Kata Adjektif Jarak
Kata Adjektif Ukuran
Kata Adjektif Perasaan
15
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 4
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Pemuda yang _________ itu terpilih sebagai hero dalam sebuah drama aksi.
tegap
gemalai
lemah
lembik
16
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 5
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
Kami memakai pakaian yang _________ ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.
nipis
tebal
jarang
terang
TATABAHASA
KATA ADJEKTIF
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 16
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
TING 3 - SAJAK SENJA DI PALANG BESI
Presentation
•
9th Grade
14 questions
Macam-macam Blok dan Fungsinya pada Scratch
Presentation
•
9th Grade
11 questions
Quiz Literasi Gen Z
Presentation
•
KG
12 questions
PKN KELAS 4
Presentation
•
9th Grade
10 questions
Belum Berjudul
Presentation
•
KG
11 questions
TING 3 - KATA PENGUAT
Presentation
•
9th Grade
11 questions
TING 3 - SELOKA SANTAP ISTIADAT
Presentation
•
9th Grade
14 questions
multiple intellegences
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade