

Kata Bantu Tahun 3
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Medium
KHALILA Moe
Used 13+ times
FREE Resource
5 Slides • 6 Questions
1
Kata Bantu Tahun 3

2
Kata Bantu
Kata Bantu merupakan kata yang membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi masa atau perasaan.
3
Terdapat dua jenis kata bantu iaitu ;
Kata Bantu Aspek
Kata Bantu Ragam
4
Kata Bantu Aspek menerangkan sesuatu dari segi masa. Contoh kata bantu aspek ialah ;
telah - Ibu telah pulang ke rumah.
sedang - Kakak sedang membasuh pinggan di dapur.
belum - Saya belum sarapan pagi.
akan - Kami akan pulang ke kampung pada minggu hadapan.
pernah - Saya pernah makan di restoran itu.
sudah - Amira sudah menghantar tugasan itu semalam.
masih - Kamilia masih tinggal di pangsapuri itu.
5
Multiple Choice
1. Saya _____ menghantar tugasan Pendidikan Seni itu esok pagi.
telah
masih
akan
6
Multiple Choice
2. Ibu tidak boleh menjawab panggilan telefon itu kerana ibu _____ memandu.
masih
sedang
sudah
7
Multiple Choice
3. Saya _____ melancong ke Pulau Langkawi beberapa tahun yang lepas.
pernah
akan
sedang
8
Kata Bantu Ragam pula menerangkan suatu perbuatan dari segi perasaan. Contohnya ;
mungkin - Alisya mungkin akan datang pada hari ini.
boleh - Kamu boleh memakai pakaian bertemakan Hari Kebangsaan pada hari Jumaat ini.
dapat - Aktiviti bersenam dapat menyihatkan tubuh badan kita.
patut - Kita patut makan makanan berkhasiat bagi menjaga kesihatan tubuh.
9
Multiple Choice
1. Lelaki di tepi kanak-kanak itu _____ ayahnya.
dapat
mungkin
boleh
10
Multiple Choice
2. Bantuan Hari Raya itu _____ meringankan beban keluarga yang kesusahan.
sedang
dapat
belum
11
Multiple Choice
3. Murid-murid _____ memberikan tumpuan semasa di dalam kelas agar dapat memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.
boleh
mungkin
patut
Kata Bantu Tahun 3

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 11
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
TING 3 - ULANGKAJI AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Presentation
•
9th Grade
7 questions
Penjas Kelas IX BAB I
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Puisi Rakyat
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Coach
Presentation
•
KG
11 questions
TING 3 - KATA KERJA TRANSITIF DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF
Presentation
•
9th Grade
11 questions
TING 3 - SYAIR BURUNG NURI (SAMBUNGAN)
Presentation
•
9th Grade
9 questions
Alat Ukur Listrik
Presentation
•
10th Grade
9 questions
TING 2 (SAJAK) - PADA SEKUNTUM MAWAR
Presentation
•
8th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade