

Untitled Lesson
Presentation
•
Computers
•
Vocational training
•
Hard
HAZNUL Moe
FREE Resource
8 Slides • 3 Questions
1
TAJUK: KENAL PASTI PENGATURCARAAN MUKA TAIP
TUJUAN:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang cara mengatur muka taip. Ia lebih kepada mengatur jenis teks dan menaip teks dari manuskrip bercetak ke komputer untuk letakkan dalam susun atur mengikut susunan kerja.
2
PENERANGAN:
Tipografi adalah merupakan rekaan dan juga penggunaan muka taip untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan huruf yang disusun dalam bentuk perbendaharaan kata dalam rekaletak komunikasi visual.
3
1) DEFINISI TIPOGRAFI
Tipografi boleh didefinisikan sebagai susunan kumpulan muka taip yang menyatukan antara informasi dan juga nilai seni pada sesuatu rekaan itu.
4
2) JENIS TIPOGRAFI
Tipografi meliputi tiga kategori iaitu huruf, nombor dan simbol atau tanda baca. Huruf terdiri dari ‘A’ hingga ‘Z’
5
3) FUNGSI TIPOGRAFI
3.1) Tipografi berfungsi sebagai imej.
Dalam media komunikasi terutamanya media cetak, pembaca melihat dan memahami maklumat yang disampaikan berdasarkan kepada imej gambar dan tipografi. Pada sesetengah rekaan atau rekaletak imej gambar tidak mampu menyampaikan maklumat dengan jelas.
3.1) Menggunakan tipografi untuk berkomunikasi.
Secara umumnya fungsi tipografi adalah untuk berkomunikasi jika ianya tidak di lihat pada perbezaan sesuatu gaya dan stroke taip itu.
3.1) Konsep dalam rekaan menggunakan tipografi.
Setiap rekaan menggunakan gaya penyampaian yang berbeza. Penggunaan konsep adalah nadi utama kepada setiap rekaan.
6
4) MENYESUAIKAN TAIP DENGAN MESEJ.
Di dalam tajuk ini, kita akan mengetahui proses membuat pertimbangan dalam memilih muka taip yang tepat bagi sesuatu mesej yang ingin disampaikan dan memahirkan diri dalam pemilihan muka taip untuk mesej anda.
7
4.1) Pertimbangan dalam memilih muka taip.
Pada masa kini, penggunaan muka taip boleh dikhaskan untuk rekaan-rekaan yang tertentu sahaja, memandangkan kini terdapat pelbagai jenis gaya dan bentuk muka taip. Namun begitu rekaan muka taip yang baik adalah fleksibel dan dapat digunakan dalam semua jenis bentuk rekaan.
4.2) Mengenalpasti beberapa muka taip dengan baik.
Adalah logik jika difikirkan bahawa pereka muda perlu menguasai penggunaan muka taip yang ‘klasik’ dan bersejarah sebelum membuat eksperimen terhadap rekaan muka taip yang baru.
4.3) Perlambangan dan maksud tersirat pada muka taip.
Perlambangan untuk muka taip tertentu dapat diketahui dari penerangan analitikal atau analisis berfakta untuk Serif dan juga bracketing, bagaimana terminal sesuatu muka taip itu terbentuk, arah dan juga kaitan berat sesuatu stroke itu.
8
Tulisan SENATOR THIN
Analisis perlambangan bagi muka taip Senator Thin ialah ia diasaskan dari stroke bersudut tajam dan garis-garisan bersudut tepat. Bagi analisis maksud tersiratnya pula, ia kelihatan seperti mekanikal, futuristik atau robot.
Tulisan ARCADIA
Analisis perlambangan bagi muka taip Arcadia, menunjukkan ia diasaskan dari geometrikal yang ringkas, seperti bujur dan segiempat, dan mempunyai X-height yang tinggi serta karektor yang mampat. Ini adalah muka taip sans serif yang mempunyai kontra tebal-nipis pada strokenya.
Tulisan CONDENSE GOTHIC
Analisis perlambangan untuk muka taip jenis ini diasaskan dari stroke menegak dan garisan-garisan bersudut tepat, dan melengkung akan digunakan apabila perlu. Keteguhan muka taip ini memandu kita untuk mengaitkannya dengan bangunan, pelindungan cahaya atau peragawati tinggi dan ramping.
4.4) Karektor muka taip
Karektor untuk muka taip bergantung sepenuhnya kepada pemahaman audien terhadap muka taip tersebut. Contohnya, kita boleh menilai samaada ia adalah muka taip dari zaman 50an, dari komputer atau dari negara lain.
9
Fill in the Blanks
Type answer...
10
Fill in the Blanks
Type answer...
11
Fill in the Blanks
Type answer...
TAJUK: KENAL PASTI PENGATURCARAAN MUKA TAIP
TUJUAN:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang cara mengatur muka taip. Ia lebih kepada mengatur jenis teks dan menaip teks dari manuskrip bercetak ke komputer untuk letakkan dalam susun atur mengikut susunan kerja.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 11
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
PENINGGALAN SEJARAH HINDU BUDHA DAN ISLAM
Presentation
•
5th - 6th Grade
6 questions
quis Matematika
Presentation
•
KG
10 questions
Nilai2 Pancasila dalam Penyelenggaraan Negara
Presentation
•
KG
10 questions
Ukuran Penyebaran Data
Presentation
•
University
10 questions
Ciri dan Nilai dalam Teks Hikayat
Presentation
•
KG
10 questions
W9 Risk 2024
Presentation
•
Professional Development
7 questions
llembaga
Presentation
•
KG
7 questions
presentasi quizizz
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 4
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
HSMS - Standard Response Protocol
Quiz
•
6th - 8th Grade
16 questions
1.1-1.2 Quiz Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
12 questions
Exponent Expressions
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Adding and Subtracting Integers
Quiz
•
6th - 7th Grade
11 questions
Northeast States
Quiz
•
3rd - 4th Grade
10 questions
Characterization
Quiz
•
3rd - 7th Grade
10 questions
Common Denominators
Quiz
•
5th Grade