

homeostasis
Presentation
•
Professional Development
•
Professional Development
•
Practice Problem
•
Hard
Amri Sofian
FREE Resource
31 Slides • 0 Questions
1
HOMEOSTASIS
A. Definisi
⚫ Satu mekanisma automatik dalam
pengimbangan persekitaran dalaman
badan.
2
Topik-topik di bawah homeostasis :
⚫ Maklumbalas negatif dan maklumbalas
positif
⚫ Kawalatur utama badan
⚫ Keseimbangan cecair badan dan elektrolit
⚫ Keseimbangan asid dan bes
3
MAKLUMBALAS NEGATIF DAN
MAKLUMBALAS POSITIF
OBJEKTIF :
⚫ Menyatakan definisi homeostasis
⚫ Menerangkan proses homeostasis
⚫ Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi
homeostasis
⚫ Menerangkan maklumbalas negatif
⚫ Menerangkan maklumbalas positif
⚫ Menerangkan maklumbalas sekresi hormon
4
B. Pengenalan
⚫ Proses ini juga dipanggil sebagai
homeodinamik kerana perubahan persekitaran
luaran dan dalaman yang sentiasa berubah
menyebabkan pengawalan (adjustment)
sentiasa berlaku
⚫ Dalam keadaan normal, tisu dan organ
bertindak bagi mengekalkan keseimbangan
dalam badan apabila perubahan dalaman dan
luaran berlaku
5
⚫ Mekanisma ini membolehkan penyesuaian
pada persekitaran berbeza
⚫ Proses ini dikawal oleh sistem saraf dan
endokrina
⚫ Homeostasis merangkumi
⚫ Aktiviti metabolik → perlu keadaan seimbang
⚫ Suhu badan dikekalkan dalam julat yang kecil
⚫ [Nutrien], [O2], gas-gas, bahan kimia lain →
kekalkan keseimbangannya → setiap masa.
6
⚫ Ginjal memainkan peranan penting dalam
hemeostasis melalui:
⚫ Kawalatur paras air darah
⚫ Mengekalkan paras garam dan ion
dalam darah
⚫ Kawalatur pH darah
⚫ Kumuhan urea dan sisa lain
7
⚫ Faktor pengaruhi homeostasis
⚫ Suhu
⚫ Tekanan
⚫ Keadaan pH darah
⚫ Hormon
⚫ Pengimbangan air dan elektrolit.
⚫ Jika keseimbangan tidak dicapai maka
gangguan sebabkan ketidak fungsian berlaku
yang akhirnya menyebabkan penyakit atau
kematian
8
C. Mekanisma Kawalan
⚫ Terdiri dari 3 komponen
⚫ Reseptor
⚫ Menerima maklumat tentang perubahan
persekitaran melalui stimulus (ransangan)
⚫ Pusat kawalan
⚫ Menerima dan proses maklumat dari
reseptor
9
⚫ Efektor
⚫ Memberi respon terhadap arahan pusat kawalan
sama ada dengan menentang atau menggalakkan
stimulus
⚫ Contoh:
⚫ Bagi kawalatur suhu badan, terdapat reseptor suhu
pada kulit
⚫ Jika terdapat stimulus (keadaan sejuk atau panas),
ia akan dikesan oleh reseptor
10
⚫ Reseptor akan menghantar maklumat ini kepada
otak (pusat kawalan) untuk diproses dan
memberikan arahan untuk bertindak
⚫ Salur darah dan kelenjar peluh (efektor) akan
bertindak mengikut arahan otak
11
D. Maklumbalas Negatif
⚫ Merupakan tindakbalas sistem respon yang menahan
atau mengurangkan stimulus asal
⚫ Kekalkan keadaan tidak lebihi had boleh toleransi,
maka kekalkan homeostasis
⚫ Berikut merupakan aliran tindakan maklumbalas
negative secara am
12
13
⚫ Contoh:
⚫ Apabila kepekatan karbon dioksida dalam badan
meningkat, paru-paru diberi isyarat untuk
meningkatkan aktiviti pernafasan bagi membolehkan
banyak karbon dioksida dikumuhkan. Maka, paras
karbon dioksida dapat diturunkan ke paras normal
14
E. Maklumbalas Positif
⚫ Merupakan tindakbalas sistem respon yang
meningkatkan dan mencepatkan output
stimulus yang sudah ada
⚫ Bertentangan sistem maklumbalas negatif
⚫ Ia memberikan kesan ketidakstabilan maka
tidak menyebabkan homeostasis
⚫ Sistem ini berisiko dan berupaya melebihi
had toleransi
15
⚫ Contoh :
⚫ Semasa perdarahan biasa akibat luka tindakan
mekanisme negatif akan merangsangkan enzim
dan faktor pembeku bagi menggumpal darah
untuk menghentikan pengaliran darah dari luka.
Jika pendarahan terlalu banyak, maka mekanisma
maklumbalas positif akan bertindak dengan
merangsang jantung untuk mengepam lebih
banyak darah ke salur darah bertujuan
mengekalkan isipadu dan tekanan salur darah.
16
⚫ Sekiranya mekanisme maklumbalas negatif tidak
berfungsi dan mekanisme maklumbalas positif
berterusan, seseorang boleh maut akibat dari
perdarahan berterusan akibat dari tindakan
jantung terus mengepam darah
17
4.2 KAWALATUR UTAMA BADAN
⚫ OBJEKTIF :
• Menghuraikan mekanisma bagi setiap
kawalatur
18
⚫ 3 kawalatur utama badan
⚫ Thermoregulation
⚫ Osmoregulation
⚫ Glucoregulation
⚫ Ia merupakan sebahagian dari sistem maklumbalas
negatif yang beroperasi sepanjang masa dan
berterusan dalam badan manusia.
19
I. THERMOREGULATION
⚫ Suhu badan sentiasa dikawal rapi melalui
thermoregulation
⚫ Jika terdapat perubahan diluar julat normal
maka badan tidak berfungsi lancar
⚫ Sensor / reseptor akan mengesan perubahan
(stimulus) dan maklumat dihantar ke pusat
integrasi di otak atau saraf tunjang ataupun di
sel-sel sistem endokrina.
20
⚫ Jika suhu badan > 37 °C maka pusat kawalan
(pusat integrasi) akan
⚫ merangsang kelenjar peluh mengeluarkan peluh
bagi turunkan suhu badan
⚫ bulu roma akan mendatar pada kulit bagi
menggalakkan haba dari kulit bebas keluar
⚫ vasodilatasi (vasodilatation) pada arteriol bagi
mempercepatkan kehilangan haba pada kulit
21
⚫ Jika suhu badan < 37 °C masa pusat
kawalan (pusat integrasi)
⚫ perpeluhan dihentikan
⚫ bulu roma menegak bagi membantu
memerangkap haba pada permukaan kulit
⚫ vasokonstriksi (vasoconstriction) pada arteriol
mengurangkan kehilangan haba melalui kulit
22
II. OSMOREGULATION
⚫ Kawalatur aktif tekanan osmotik cecair badan
⚫ Ginjal memainkan peranan penting dengan
kawalatur jumlah air dalam kumuhan urin.
⚫ Hormon seperti ADH (hormon antidiuretik),
aldosteron dan angiotensin II meningkatkan
ketelapan duktus pengumpul (collecting duct)
pada ginjal bagi serapan semula air dan
menghalang ia dikumuh dalam urin
23
Berikut merupakan aliran tindakan semasa
osmoregulation
24
⚫ Contoh:
⚫ Jika paras air tinggi dari normal dalam badan. Ia
akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor akan
memberi maklumat pada hipotalamus.
Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada
kelenjar pituitari agar sedikit ADH dirembeskan.
Ketelapan duktus pengumpul berkurangan
menyebabkan sedikit air diserap semula. Ini
menyebabkan banyak air dikumuhkan melalui
urin dan ini mengurangkan paras air ke tahap
normal.
25
⚫ Jika paras air kurang dari normal dalam badan.
Ia akan dikesan osmoreseptor. Osmoreseptor
akan memberi maklumat pada hipotalamus.
Hipotalamus pula akan memberi isyarat pada
kelenjar pituitari agar banyak ADH dirembeskan.
Ketelapan duktus pengumpul meningkat
menyebabkan banyak air diserap semula. Ini
menyebabkan sedikit air dikumuhkan melalui
urin dan ini menaikkan paras air ke tahap
normal.
26
III. GLUCOREGULATION
Kawalatur paras glukosa darah
Berikut merupakan aliran tindakan semasa
glucoregulation
27
28
⚫ Jika paras glukosa darah meningkat, ia akan
dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan
menghasilkan lebih banyak hormone insulin.
Paras hormon insulin yang tinggi menggalakkan
penggunaan glukosa dan penukaran glukosa
kepada glikogen (di hepar). Maka, paras
glukosa diturunkan ke paras yang normal
29
⚫ Jika paras glukosa darah berkurang, ia akan
dikesan oleh reseptor pancreas. Pankreas akan
menghasilkan lebih banyak hormon glukagon.
Paras hormon glukagon yang tinggi
menggalakkan penukaran glikogen ke glukosa
di hepar. Maka, paras glukosa dinaikkan ke
paras yang normal
30
ULANGKAJI
MAKLUMBALAS NEGATIF DAN MAKLUMBALAS
POSITIF
1.
Berikan definisi homeostasis
2.
Huraikan konsep mekanisma kawalan
- Reseptor
- Stimulus
- Pusat kawalan
31
3. Huraikan konsep bagi
a. maklumbalas negatif
b. Maklumbalas positif
KAWALATUR UTAMA BADAN
Bincangkan mekanisma bagi setiap kawalatur
utama badan
- kawal atur thermo (Thermoregulation)
- kawal atur gluko (Glucoregulation)
- kawal atur osmo (Osmoregulation)
HOMEOSTASIS
A. Definisi
⚫ Satu mekanisma automatik dalam
pengimbangan persekitaran dalaman
badan.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 31
SLIDE
Similar Resources on Wayground
22 questions
RBT TING 2 - REKA BENTUK ELEKTRONIK (4)
Presentation
•
Professional Development
24 questions
PPKn_Sistem HUkum
Presentation
•
KG
21 questions
WS BHD PPI K3 APAR
Presentation
•
Professional Development
21 questions
Bimbingan Teknis 1: Optimalisasi Quizizz dengan Akun Belajar.id
Presentation
•
Professional Development
25 questions
membaca intensif
Presentation
•
Professional Development
23 questions
Pembekalan Pemagangan Stimlog Dan Poltekpos - Rakhmadi Rahman
Presentation
•
Professional Development
24 questions
aplikasi IT dalam supervisi
Presentation
•
Professional Development
24 questions
Presentasi Interaktif WIB
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade