
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
Presentation
•
Physical Ed
•
7th Grade
•
Medium
Emmy George
Used 2+ times
FREE Resource
14 Slides • 13 Questions
1
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
by Emmy George
2
Kemahiran menyangga
Kemahiran paling penting dalam permainan bola tampar.
Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus kepada bola dengan kedua-dua tangan dirapatkan dan lutut difleksikan untuk menerima bola daripada pihak lawan.
Seorang pemain perlu bergerak pantas ke posisi yang sesuai untuk melakukan kemahiran menyangga.
Apabila bola kena pada bahagian lengan, lutut dan siku diekstensikan untuk menghantar bola kepada rakan sepasukan.
Ketinggian bola yang baik akan membolehkan rakan sepasukan melakukan kemahiran umpanan atau rejaman.
3
Multiple Choice
Bahagian tangan manakah digunakan untuk menyangga?
hujung jari
belakang lengan
tapak tangan
4
​
Kemahiran menyangga boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Selain membuat hantaran kepada rakan untuk melakukan kemahiran mengumpan, kemahiran menyangga boleh digunakan untuk menerima servis, menerima bola rejaman yang terlepas dari adangan rakan, membuat umpanan dan mengambil bola yang dipukul ke luar gelanggang oleh rakan sepasukan.
Apabila bola berada jauh daripada badan di bahagian kiri atau kanan, kemahiran menyangga dengan satu tangan boleh digunakan
5
Kemahiran menyangga
6
Multiple Choice
Yang manakah bukan tujuan menyangga bola?
menerima servis
membuat servis
membuat umpanan
menerima bola rejaman
7
Multiple Choice
Bolehkah kemahiran menyangga dilakukan dengan satu tangan?
Boleh
Tidak boleh
8
Rali mengumpan
Mengumpan dalam permainan bola tampar adalah sentuhan kedua sesuatu pasukan.
Kemahiran ini adalah lakuan menghantar bola kepada rakan supaya dia dapat membuat rejaman.
Bola perlu dihantar pada ketinggian yang sesuai supaya rakan dapat melakukan rejaman yang baik.
Umpanan boleh dilakukan di arah hadapan, belakang, kiri atau kanan.
9
Rali mengumpan
Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan melebihi paras dahi.
Tapak tangan dirapatkan seperti hendak menangkap bola di atas dahi. Lutut dan siku difleksi.
Apabila bola menyentuh pada jari, lutut dan siku diekstensi untuk menggerakkan bola ke arah dan ketinggian yang diingini.
Bola hanya bersentuhan dengan jari dan bukan tapak tangan. Jika anda ingin mengumpan ke paras yang lebih tinggi, anda boleh melompat semasa melakukan umpanan.
10
​
Pemain yang mengumpan biasanya berada di bahagian tengah hadapan gelanggang.
Dia perlu bergerak supaya bola akan sampai di atas dahinya.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pengumpan adalah tidak merapatkan telapak tangan, telapak tangan berada dalam keadaan rata, menangkap bola sebelum membuat umpanan serta bola terkena pada telapak tangan.
Jika bola terlalu rendah, umpanan boleh dilakukan dengan menggunakan kemahiran menyangga.
11
Kemahiran mengumpan
12
Multiple Choice
Kenapakah kemahiran mengumpan diperlukan oleh kedua - dua pasukan yang bertanding dalam pertandingan bola tampar?
menghantar bola kepada rakan untuk membuat rejaman
membuat rejaman kepada pihak lawan untuk mendapatkan mata
menghadang bola rejaman pihak lawan
untuk melakukan servis
13
Multiple Choice
Semasa mengumpan, kepala didongakkan dengan kedua-dua tapak tangan tidak melebihi paras dahi.
BENAR
TIDAK BENAR
14
Multiple Choice
Pemain yang mengumpan biasanya berada di bahagian tengah hadapan gelanggang.
BENAR
TIDAK BENAR
15
Multiple Choice
Berikut adalah kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang pengumpan, kecuali
tidak merapatkan telapak tangan
telapak tangan dalam keadaan rata
tidak menangkap bola sebelum membuat umpanan
16
Kemahiran servis
Kemahiran servis dalam bola tampar digunakan untuk memulakan permainan.
Servis ialah senjata serangan pertama sesuatu pasukan untuk mendapatkan mata.
Jika dilakukan dengan baik, pasukan itu dapat memungut mata dengan mudah.
Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kemahiran servis dalam permainan bola tampar, antaranya servis bawah dan servis atas.
17
​
Servis bawah boleh dilakukan dengan melambung bola pada paras pinggang dengan menggunakan tangan bukan dominan dan memukul bola dengan tangan dominan.
Servis atas pula dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan menggunakan tangan bukan dominan, dan memukulnya dengan tangan dominan.
Bola yang dipukul mesti melepasi jaring dan memasuki gelanggang lawan.
Jika bola tidak melepasi jaring atau terkeluar dari gelanggang, pihak lawan akan mendapat satu mata dan akan melakukan servis.
18
​
Terdapat pelbagai cara melakukan servis.
Di peringkat antarabangsa, servis lompat sering digunakan.
Servis ini dilakukan dengan melambung bola tinggi di hadapan pemain, berlari ke arah bola, melompat dan memukul bola dengan daya yang tinggi.
Bola akan bergerak secara menjunam ke dalam gelanggang lawan.
19
Kemahiran servis
20
Multiple Choice
Kemahiran servis digunakan untuk ____
memulakan permainan
menyerang lawan
menahan bola dari la
21
Multiple Choice
Yang mana bukan merupakan jenis servis dalam sukan Bola Tampar?
servis atas
servis bawah
servis lompat
servis tepi
22
Multiple Choice
Servis ini dilakukan dengan melambung bola ke atas kepala dengan tangan bukan dominan dan memukulnya dengan tangan dominan
servis atas
servis bawah
servis lompat
servis tepi
23
Kemahiran merejam
Kemahiran merejam dilakukan bertujuan untuk mematikan bola ke gelanggang pihak lawan.
Kemahiran merejam memerlukan koordinasi mata, tangan dan kaki.
Di samping itu, kuasa lompatan juga diperlukan dalam menguasai kemahiran ini.
Rejaman yang baik dilakukan apabila bola menjunam ke gelanggang pihak lawan tanpa terkena jaring.
Kunci utama untuk merejam ialah stabilkan kedudukan kaki, tangan diangkat ke atas dan ayun tangan selaju mungkin.
24
25
Multiple Choice
Kemahiran merejam digunakan untuk___
melakukan pertahanan terhadap serangan lawan
mematikan bola ke gelanggang pihak lawan
memulakan permainan
26
Multiple Choice
Kemahiran merejam memerlukan koordinasi mata, tangan dan kaki.
BENAR
TIDAK BENAR
27
Multiple Select
Apakah kemahiran - kemahiran bola tampar yang anda pelajari hari ini? Tandakan semua yang berkaitan
Kemahiran servis
Kemahiran menyangga
Kemahiran merejam
Kemahiran mengumpan
Kemahiran lompatan
KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
by Emmy George
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 27
SLIDE
Similar Resources on Wayground
21 questions
FIQIH 7 Modul 1 dan 2
Presentation
•
7th Grade
22 questions
Kesehatan Remaja 7A
Presentation
•
7th Grade
22 questions
olahraga kelas 6 atletik
Presentation
•
6th Grade
17 questions
TING 1 - FRISBEE
Presentation
•
7th Grade
19 questions
MATERI LOMPAT JAUH
Presentation
•
8th Grade
19 questions
Berpikir Komputasional P1
Presentation
•
7th Grade
23 questions
Presentasi Sepak Bola
Presentation
•
6th Grade
19 questions
Teks Cerita Fantasi
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade