
Geografi T3 : Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan
Presentation
•
Geography
•
3rd Grade
•
Easy
Noor Noor
Used 3+ times
FREE Resource
36 Slides • 8 Questions
1
Geografi T3
Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan
Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi
Kesan Kegiatan Manusia
2
Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
lima kepentingan
3
1. Kawasan tadahan hujan
Hutan bertindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan air ke sungai, empangan, kolam dan tasik.
Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan.
Air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi air yang bersih
Air hujan juga mengalir perlahan dan dapat diserap masuk ke dalam tanah sebagai simpanan air bawah tana
4
2. Keseimbangan Ekosistem
Konsep ekosistem adalah saling bergantung antara komponan biotik dengan komponen abiotik dalam alam sekitar
Biotik meliputi organisma hidup seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia
Abiotik mengandungi persekitaran fizikal seperti bentuk muka bumi, batuan, tanih, air, udara, mineral dan sumber tenaga suria
5
2. Keseimbangan Ekosistem
Kawasan hutan merupakan satu ekosistem
Tumbuh-tumbuhan saling berinteraksi dengan unsur-unsur lain dalam komponen biotik dan abiotik bagi mewujudkan satu persekitaran yang seimbang
6
Keseimbangan ekosistem
7
3. Sumber Perubatan
Tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di hutan kebanyakannya boleh digunakan dalam bidang perubatan.
Akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesies tumbuhan dijadikan sebagai ubat
Contoh : Tongkat Ali (akar), pegaga (keseluruhan pokok), Keremek (daun), Sembong (daun, akar, bunga)
8
9
4. Habitat
Hutan bertindak sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna.
Hutan di Malaysia menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar.
Sekiranya tumbuh-tumbuhan musnah, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan habitat dan sumber makanan
10
Habitat flora dan fauna
11
Sumber Bahan Mentah
membekalkan sumber kayu balak dalam industri membuat perabot
Buluh dan rotan digunakan dalam industri pembuatan kraf tangan dan perabot
Kayu bakau pula dijadikan sebagai bahan api dan bahan binaan, iaitu cerucuk untuk tapak pembinaan kerana sifatnya yang tahan air
12
Sumber Bahan Mentah
Hutan di Malaysia mempunyai pelbagai pokok yang sesuai untuk pembalakan seperti cengal, balau dan keruing.
Hasil eksport kayu balak telah memberikan sumber pendapatan kepada negara.
Kayu balak Malaysia dieksport ke India, Indonesia, Vietnam, Jepun, dan China.
13
14
Soalan
Ada yang tak jelas?
Kuiz.......!
15
Multiple Choice
Apakah kepentingan hutan di kawasan di tanah tinggi?
Kawasan tadahan hujan
Mengelakkan daripada tanah runtuh berlaku
Menyerap air supaya dapat disalurkan ke sungai
Menapis air supaya air menjadi lebih bersih
16
Multiple Choice
Nyatakan Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Dijadikan ladang hutan
Tapak perkhemahan
Sumber bahan mentah
Sumber rekreasi.
17
18
Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia
Kesan Positif
Kesan Negatif
19
Kesan Positif
Pembangunan hutan
Penghutanan semula
Taman negara
Hutan simpan kekal
20
Pembangunan Hutan
Program Penubuhan Ladang Hutan (PPLH) telah dilaksanakan (2006)
Semua pihak diarahkan mengkaji spesies pokok yang hendak ditanam serta penjagaan pokok-pokok yang telah ditanam.
Spesies yang disenaraikan ialah jati, sentang, getah, khaya, akasia, batai, kelempayan dan binuang. Namun, tumpuan diberikan kepada pokok getah dan pokok akasia.
21
Penghutanan Semula
Agensi seperti Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengambil langkah untuk memulihara hutan.
Antaranya adalah dengan menanam pokok yang bermutu dan tahan daripada serangan penyakit di kawasan hutan yang telah ditebang.
22
Penghutanan Semula
FRIM juga telah menjalankan aktiviti penghutanan semula di Hutan Lipur Bukit Lagong, Kepong (Kuala Lumpur) dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan rekreasi yang terkenal sehingga diiktiraf sebagai hutan tropika buatan manusia tertua di dunia.
23
24
Taman Negara
Taman negara merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi, tumbuh-tumbuhan ubatan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai.
Tumbuh-tumbuhan di taman negara ini dijaga dan disimpan dengan baik bagi mengekalkan biodiversiti alam sekitar.
25
26
Hutan Simpan Kekal
* Hutan simpan kekal di Malaysia boleh ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar kerana hutan merupakan kawasan yang berkepentingan dan bernilai tinggi dari segi kepelbagaian biologi.
* Contoh lokasi hutan simpan kekal di Malaysia ialah Hutan Simpan Kabili-Sepilok (Sabah), Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Raja Musa (Selangor).
27
Hutan Simpan Sepilok (Sabah)
28
Kesan Negatif
1. Ketidakseimbangan ekosistem
2. Hakisan tanih
3. Kawasan tadahan hujan terganggu
4. Kepupusan flora dan fauna
29
1. Ketidakseimbangan ekosistem
Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan.
Kawasan hutan yang padat dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi dimusnahkan untuk tujuan pembinaan dan pembukaan kawasan ladang, pembinaan infrastruktur dan pembalakan.
30
2. Hakisan tanih
Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan air hujan.
Daun pokok berfungsi mengurangkan halaju air hujan yang jatuh ke bumi. Kekurangan proses infiltrasi (kemusnahan akar pokok yang berfungsi menyerap air larian permukaan ke dalam tanah) menyebabkan air hujan jatuh dengan laju ke permukaan bumi dan meningkatkan kadar hakisan tanih
31
2. Hakisan tanih
Tanih yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan dan menyebabkan sungai menjadi cetek.
Sungai yang cetek ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.
32
3. Kawasan tadahan hujan terganggu
Hutan merupakan kawasan semula jadi yang luas untuk menadah air hujan.
Namun penerokaan hutan yang tidak terancang oleh manusia menyebabkan kawasan tadahan hujan akan terganggu.
33
4. Kepupusan flora dan fauna
Penerokaan hutan yang tidak terancang menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat dan kekurangan sumber makanan.
Keadaan ini juga menyebabkan haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan semakin pupus.
34
4. Kepupusan flora dan fauna
Contoh tumbuh-tumbuhan yang diancam kepupusan adalah seperti periuk kera, tongkat ali, pokok bakau, pokok cengal dan pokok meranti.
Contoh haiwan liar yang semakin pupus adalah seperti gajah, badak Sumatera, tapir, harimau Malaya, kancil, kambing gurun dan sebagainya.
35
36
Soalan
Ada yang tak jelas?
Kuiz.......!
37
Multiple Choice
Antara berikut, manakah aktiviti yang berkaitan dengan penyahhutanan?
Taman negara
Pembangunan hutan
Penghutanan semula
Pembinaan infrastruktur.
38
Multiple Choice
Kesan negatif penebangan hutan berleluasa
Taman Negara
Hutan Simpan Kekal
Pembangunan hutan
Ketidakseimbangan ekosistem
39
Multiple Choice
Apakah kesan positif penerokaan tumbuhan semulajadi di Malaysia ?
Hakisan tanih
Hutan menjadi subur
Penghutanan semula
Kawasan tadahan air terganggu
40
Multiple Choice
Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut?
BANJIR LUMPUR
TANAH RUNTUH
Perikanan
Pembalakan
Pelancongan
Perindustrian
41
Fill in the Blanks
Type answer...
42
Multiple Choice
Kestabilan ekosistem hutan terganggu akibat berlakunya penyahhutanan.
Pilih maksud yang benar berkaitan perkataan yang digariskan tersebut.
Kecepatan gerakan atau kadar kecepatan
Mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik
Pemusnahan hutan secara kekal
Tempat hidup bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan
43
44
Terima Kasih
Selamat belajar
Geografi T3
Bab 4 Kepentingan dan Kesan Tumbuhan
Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi
Kesan Kegiatan Manusia
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 44
SLIDE
Similar Resources on Wayground
38 questions
Sejarah Komunikasi
Presentation
•
3rd Grade
38 questions
TING 1 BAB 8 ( BAHAGIAN 1)
Presentation
•
3rd Grade
40 questions
SAINS TAHUN 2 : Unit 10 (Teknologi) 07/12
Presentation
•
3rd Grade
40 questions
ciri-ciri makhluk hidup
Presentation
•
3rd Grade
38 questions
Wujud Benda
Presentation
•
3rd Grade
42 questions
Materi quiziz
Presentation
•
KG
37 questions
Woordsoorten
Presentation
•
4th Grade
40 questions
ORGAN GERAK HEWAN
Presentation
•
3rd Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade