

Kemahiran membaca Petikan 1
Presentation
•
World Languages
•
7th - 9th Grade
•
Easy
Cikgu Norzana
Used 4+ times
FREE Resource
5 Slides • 2 Questions
1
Kemahiran membaca Petikan 1

2
Perniagaan secara dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat pada masa kini. Kaedah perniagaan ini mudah dijalankan dengan modal yang rendah kerana tidak perlu banyak mengupah pekerja. Peniaga tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli atau menyewa asset seperti bangunan, perlatan dan kelengkapan lain.
Penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli stok barang, kos reka cipta laman web dan sebagainya. Perniagaan secara dalam talian turut memberikan peluang kepada peniaga untuk beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Teknologi yang canggih kini membolehkan pengguna Internet membeli-belah secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
3
Pelanggan bagi perniagaan dalam talian juga tidak terhad kepada kawasan setempat malahan mampu mendapatkan pelanggan di seluruh dunia. Di samping itu, peniaga tidak perlu memantau urusan tempahan sepanjang masa kerana mereka cuma perlu menyediakan sistem tempahan automatik untuk kemudahan pengguna, seterusnya mengurus urusan penghantaran tempahan.
4
Justeru peniaga yang memilih kaedah perniagaan ini dapat menikmati kebebasan atau fleksibiliti waktu kerja tanpa menjejaskan sumber pendapatan mereka. Banyak muda-mudi kini tidak gemar bekerja makan gaji dengan waktu kerja tetap. Mereka mula menceburi perniagaan secara dalam talian kerana lebih mengutamakan waktu kerja yang bebas. Namun begitu, mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetap juga boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian sebagai pekerjaan sambilan. Mereka hanya perlu memeriksa tempahan pelanggan pada waktu rehat atau selepas waktu bekerja dan mengurus penghantaran pada keesokan hari, mahupun meminta posmen mengambil barang tempahan di rumah.
5
Kesimpulannya, perniagaan secara dalam talian mempermudah urus niaga bukan sahaja untuk pelanggan malah kepada peniaga sendiri. Dengan bantuan dan pemantauan daripada kerajaan perniagaan secara dalam talian dapat melahirkan lebih banyak jutawan dan memudahkan urusan harian rakyat di seluruh negara.
6
Open Ended
Apakah idea keseluruhan teks tersebut?
7
Open Ended
Senaraikan 7 isi daripada petikan tersebut.
Kemahiran membaca Petikan 1

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 7
SLIDE
Similar Resources on Wayground
5 questions
PRODUK KREATIF DAN KEWIRAUSAHAAN
Presentation
•
KG
6 questions
Teks Deskripsi
Presentation
•
7th Grade
6 questions
Belajar Asik
Presentation
•
9th Grade
6 questions
layanan klasikal BK
Presentation
•
7th - 9th Grade
7 questions
MEDIA PEMBELAJARAN
Presentation
•
KG
8 questions
Descriptive Text
Presentation
•
7th - 9th Grade
5 questions
bahasa bali
Presentation
•
8th Grade
6 questions
materi teks Fabel
Presentation
•
7th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade