

TING 3 - SYAIR BURUNG NURI
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 6+ times
FREE Resource
9 Slides • 5 Questions
1
KOMSAS
SYAIR BURUNG NURI
2
RANGKAP 1
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
MAKSUD : Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh orang hina banyak kekurangan berdasarkan pendapatnya yang tidak sempurna.
3
RANGKAP 2
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
MAKSUD : Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
4
RANGKAP 3
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
MAKSUD : Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
5
RANGKAP 4
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
MAKSUD : Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.
6
RANGKAP 5
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
MAKSUD : Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
7
RANGKAP 6
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
MAKSUD : Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
8
RANGKAP 7
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
MAKSUD : Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
9
RANGKAP 8
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
MAKSUD : Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras dan rasional. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada hidup.
10
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 1
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Manakah maksud yang paling sesuai bagi rangkap diatas ?
Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangannya.
Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya yang ditulis dalam perasaan sedih.
Penyair tersedar bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
11
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 2
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Manakah maksud yang paling sesuai bagi rangkap diatas ?
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
12
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 3
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Perkataan masyghul daripada rangkap diatas merupakan kata pinjaman daripada Bahasa _______ yang membawa maksud berasa sedih atau berdukacita.
Arab
Sanskrit
Inggeris
Hindi
13
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 4
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
Peribahasa dalam rangkap diatas bermaksud perasaan yang sangat sedih dan kecewa. Peribahasa manakah diantara yang berikut membawa maksud yang sama?
Bagai dihiris dengan sembilu
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai melepaskan batuk di tangga
Bagai murai tercabut ekor
14
Multiple Choice
SOALAN PENGUKUHAN 5
Berapakah bilangan rangkap yang terdapat dalam "Syair Burung Nuri"?
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
KOMSAS
SYAIR BURUNG NURI
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 14
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
AQIDAH IX
Presentation
•
9th Grade
10 questions
organ gerak manusia
Presentation
•
9th Grade
9 questions
Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan huidup Bangsa
Presentation
•
9th Grade
7 questions
Tata Surya
Presentation
•
KG
12 questions
Pemahaman Unit 6
Presentation
•
9th Grade
10 questions
Jaringan Komputer
Presentation
•
10th Grade
11 questions
Manusia dan Perubahan
Presentation
•
9th Grade
10 questions
EID- EP
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade