

TING 3 - SAJAK SENJA DI PALANG BESI
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 15+ times
FREE Resource
4 Slides • 5 Questions
1
KUPASAN PUISI MODEN
TEKS SAJAK :
SENJA DI PALANG BESI
2
RANGKAP 1
Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
berlari di celah jambangan bunga dedawai
menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
MAKSUD : Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.
3
RANGKAP 2
Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
MAKSUD : Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar.
4
RANGKAP 3
Tanpa pasir pantai atau silir angin
rentet susun bibir palang besi dingin itu
menjerut resah berteleku dalam hening
bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
MAKSUD : Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.
5
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 1
Berapa rangkapkah yang terdapat dalam Sajak Senja di Palang Besi ?
tiga
empat
lima
enam
6
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 2
Apakah maksud tersirat bagi perkataan "palang besi" yang terdapat dalam sajak ?
Sangkar
Penjara
Pusat tahanan banduan
Pusat serenti
7
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam
Apakah makna paling sesuai perkataan "melakar bahagia" bagi rangkap atas ?
melukis senyuman
memberi kebahagian
membawa aman dan damai
mencipta kenangan
8
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 4
Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
berlari di celah jambangan bunga dedawai
menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
Apakah maksud yang sesuai bagi rangkap diatas ?
Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan palang besi, tiada tilam yang selesa dan pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman yang terpaksa ditempuhi.
Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah-celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.
9
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 5
Berdasarkan rangkap 2, mengapakah dia pilu?
Kehilangan haiwan
Sunyi berada di dalam tahanan
Tidak dapat makan makanan yang sedap
Stres
KUPASAN PUISI MODEN
TEKS SAJAK :
SENJA DI PALANG BESI
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
TING 3 - ULANGKAJI AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Presentation
•
9th Grade
7 questions
Penjas Kelas IX BAB I
Presentation
•
9th Grade
7 questions
Kegiatan Pembelajaran 17 Maret 2023
Presentation
•
KG
7 questions
Modul ajar
Presentation
•
KG
10 questions
Quiz Kelas Agenda 3
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Puisi Rakyat
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Coach
Presentation
•
KG
6 questions
Kisi-kisi PTS IPA Kelas 9
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade