
Menulis ayat kesimpulan atau penutup
Presentation
•
World Languages
•
6th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
AHMAD Moe
Used 3+ times
FREE Resource
6 Slides • 0 Questions
1
Menulis ayat Kesimpulan/Penutup
By AHMAD Moe
BAHASA MELAYU - KASIH TERJALIN M/S 19
2
1. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
Antara penanda wacana untuk kesimpulan :
Kesimpulannya,
Intihanya,
Secara tuntasnya,
Konklusinya,
Sebagai penutup,
Sebagai penutup wacana,
Sebagai penghias bicara akhir,
Sebelum mengakhiri wacana ini,
Secara keseluruhan,
Secara total,
3
2. Tentukan jenis kesimpulan
Ayat kesimpulan isi
Penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) + tajuk)
Ayat cadangan
Penanda wacana penutup + (…perlulah, hendaklah, haruslah, dan sebagainya)
Ayat harapan
Penanda wacana penutup + Diharapkan, Harapan
4
Contoh 1
Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama yang perlu diambil berat oleh setiap individu. Dengan menjaga kebersihan persekitaran, kita bukan sahaja memastikan kesihatan diri dan masyarakat terjamin, tetapi juga melindungi ekosistem dan kehidupan flora serta fauna. Langkah-langkah seperti mengamalkan kitar semula, mengurangkan penggunaan plastik, dan menjaga kebersihan kawasan awam boleh memberikan impak yang besar.
Ayat kesimpulan isi
Penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) + tajuk)
Kesimpulannya, amalan kitar semua perlu dijalankan kerana boleh mengelakkan pencemaran dan kebersihan alam sekitar akan lebih terjamin.
5
Contoh 2
Membaca buku adalah satu aktiviti yang memberikan banyak manfaat kepada minda. Ia bukan sahaja memperluas pengetahuan kita tentang pelbagai topik, tetapi juga meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui membaca, kita dapat memahami perspektif yang berbeza dan memperkaya pemahaman kita tentang dunia. Selain itu, membaca juga dapat mengurangkan stres dan memberikan ketenangan, menjadikannya satu bentuk terapi yang bermanfaat. Oleh itu, meluangkan masa untuk membaca setiap hari adalah pelaburan yang berharga untuk perkembangan diri dan kesejahteraan mental.
Ayat cadangan
Penanda wacana penutup + (perlulah, hendaklah, haruslah,
dan sebagainya) + kesan
Intihanya, kita perlulah menjadikan amalan membaca sebagai salah satu aktiviti yang wajib dalam kehidupan seharian kita kerana memberikan manfaat yang sangat besar.
6
Contoh 3
Sukan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada meningkatkan kesihatan fizikal, sukan juga membantu dalam perkembangan mental dan sosial. Aktiviti sukan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti obesiti dan penyakit jantung, serta meningkatkan kecergasan dan stamina. Di samping itu, sukan mengajar nilai-nilai penting seperti kerjasama, disiplin, dan semangat berpasukan. Melibatkan diri dalam sukan juga dapat membantu melegakan tekanan dan meningkatkan kualiti tidur.
Ayat harapan
Penanda wacana penutup + Diharapkan, Harapan + kesan
Sebagai penutup, diharap aktiviti sukan ini dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian kita bagi menjamin kesihatan yang baik.
Menulis ayat Kesimpulan/Penutup
By AHMAD Moe
BAHASA MELAYU - KASIH TERJALIN M/S 19
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 6
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
Daftar Pustaka
Presentation
•
6th Grade
6 questions
TEMA 4 SEHAT ITU PENTING
Presentation
•
5th Grade
6 questions
Kebahasaan Teks Puisi Rakyat
Presentation
•
7th Grade
6 questions
TEKS TANGGAPAN
Presentation
•
7th Grade
6 questions
Penjumlahan
Presentation
•
7th Grade
3 questions
B. Indonesia (kelas VI) by. hesty
Presentation
•
6th Grade
4 questions
MUBTADA KHOBAR
Presentation
•
6th Grade
4 questions
HORMATI BENDERA KITA MS 95
Presentation
•
6th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade