Search Header Logo
Kefahaman Darjah 5 18 Julai 2024

Kefahaman Darjah 5 18 Julai 2024

Assessment

Presentation

•

World Languages

•

1st - 5th Grade

•

Practice Problem

•

Easy

Created by

JWPS Teachers

Used 3+ times

FREE Resource

10 Slides • 16 Questions

1

oBJEKTIF PENGAJARAN

​Di akhir pelajaran, kamu dapat:

1. memahami nota tentang maksud kata kunci (SIFAT/PERASAAN)

2. mengenal pasti jawapan yang berkaitan dengan kata kunci

3. memberikan jawapan berdasarkan kehendak soalan

2

Draw

(THINK PAIR SHARE)

Sila lukis anotasi untuk SAMMBOB.

BULATKAN.

GARISKAN.

KOTAKKAN.

DAN SEBAGAINYA.

3

media

4

media

5

  • Terangkan dua sifat Hadi semasa di sekolah.

  • Nyatakan dua perasaan penulis semasa mendapat berita tersebut.

  • Berikan dua sebab Ani mengikut Fara melalui lorong yang sunyi itu.

  • Pada pendapat kami, mengapakah Hani tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab?

  • Berikan dua bukti yang Ina tidak sihat.

contoh soalan-soalan:

memahami kehendak soalan

6

Hari ini kita akan tumpukan kepada:
  1. emosi yang dirasai

  2. rasa ketika menghadapi sesuatu

    CTH: sedih, gembira, bangga, bimbang

perasaan

  1. kelakusan atau tabiat yang dimiliki seseorang

  2. perangai seseorang

    CTH: cantik, penyayang, peramah, pemarah

sifat

media
media

7

Multiple Choice

PILIH KATA KUNCI YANG MENUNJUKKAN 'PERASAAN'

1

KECEWA

2

PENYAYANG

3

BERTANGGUNGJAWAB

8

Multiple Choice

PILIH KATA KUNCI YANG MENUNJUKKAN 'SIFAT'

1

terperanjat

2

jujur

3

besar hati

9

Poll

Saya memahami nota tentang maksud kata kunci (SIFAT/PERASAAN)

10

​SOALAN: Nyatakan perasaan Osman ketika dia ingin memberitahu
ibubapanya tentang keputusannya untuk sambung
belajar di Mesir.

​Seminggu yang lalu, Osman telah menerima surat dari Universiti Nasional Singapura. Dia telah diterima untuk melanjutkan pelajarannya di dalam jurusan kedoktoran di universiti itu. Sebenarnya Osman telah berubah hati. Beberapa hari sebelum menerima surat itu, dia telah menerima surat dari Universiti Islam di Mesir. Dia juga telah diterima masuk ke universiti itu untuk mengambil kursus Pengajian Islam.

Osman menjadi bingung. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Jika dituruti saja hatinya, tentu ibu bapanya akan marah dan berasa kecewa. Dia tidak mahu derhaka kepada mereka.

11

​SOALAN: Nyatakan perasaan Osman ketika dia ingin memberitahu
ibu bapanya tentang keputusannya untuk sambung
belajar di Mesir.

​Seminggu yang lalu, Osman telah menerima surat dari Universiti Nasional Singapura. Dia telah diterima untuk melanjutkan pelajarannya di dalam jurusan kedoktoran di universiti itu. Sebenarnya Osman telah berubah hati. Beberapa hari sebelum menerima surat itu, dia telah menerima surat dari Universiti Islam di Mesir. Dia juga telah diterima masuk ke universiti itu untuk mengambil kursus Pengajian Islam.

Osman menjadi bingung. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Jika dituruti saja hatinya, tentu ibu bapanya akan marah dan berasa kecewa. Dia tidak mahu derhaka kepada mereka.

​Nota:
1. Perasaan - rasa ketika

menghadapi sesuatu
2. Osman

​JAWAPAN:
Osman berasa bingung ketika ingin memberitahu ibu bapanya tentang keputusanya kerana dia tidak mahu kecewakan mereka.

12

Draw

Tandakan kata kunci dalam soalan. Cuba cari jawapan dalam petikan.

13

Draw

JAWAPAN

14

​SOALAN: Terangkan sifat Hassan terhadap orang lain.

​ Makciknya, Cik Munah, telah mengajak Hassan tinggal bersama keluarganya. Makciknya itu mempunyai lima orang anak dan mereka tinggal di rummah sewa satu bilik. Hassan tidak mahu menyusahkan Makciknya itu. Dia telah mengambil keputusan untuk tinggal sendirian............

Semasa di perpustakaan, Hassan telah berjumpa dengan seorang tua. Mereka berbual-bual. Orang tua itu berada di perpustakaan setiap hari. Daripada perbualan mereka itu, Hassan dapat tahu orang itu tidak ada tempat tinggal. Hassan menjemput orang tua itu untuk tinggal bersamanya. Sejak hari itu, Hassan ada teman di rumah.

15

1. Sifat - Perangai seseorang
2. Hassan

​Jawapan:
Hassan mempunyai sifat yang penyayang terhadap orang lain. Dia tidak mahu menyusahkan makciknya dan dia juga mengajak orang tua itu tinggal bersamanya.

16

Draw

Tandakan kata kunci dalam soalan. Cuba cari jawapan dalam petikan.

17

Draw

JAWAPAN

18

Multiple Choice

Kelas Cikgu Halim menjadi riuh-rendah kerana murid-murid terperanjat apabila ada seekor cicak tiba-tiba jatuh ke atas meja Faridah.

1

SIFAT

2

PERASAAN

19

Multiple Choice

Mak Edah seorang yang berhati-hati kerana dia sering mengunci pintu pagar rumahnya. Dia juga tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pemuda yang mengetuk pintu rumahnya itu.

1

SIFAT

2

PERASAAAN

20

Multiple Choice

Huda seorang yang tidak mudah berputus asa. Dia tabah menjalankan tugasan yang diberikan. Dia belajar menyunting video dan berkongsi dengan kawan-kawannya. Meskipun dia penat dengan tugasan sekoalahnya, dia tidak pernah mengeluh.

1

SIFAT

2

PERASAAN

21

Multiple Choice

Dia berasa kecewa kerana sehingga kini, tiada syarikat Melayu yang berjaya seperti kedai makan segera yang sedia ada. Fina yakin restorannya akan mendapat sambutan daripada rakyat Singapura.

1

SIFAT

2

PERASAAN

22

Poll

Saya dapat mengenal pasti jawapan yang berkaitan dengan kata kunci.

23

Open Ended

Question image

Terangkan satu sifat watak-watak dalam petikan ini.

24

Open Ended

Question image

"Kami yang kehairanan menjerit kepadanya...". Jelaskan sebab mereka berasa hairan.

25

Poll

Saya dapat memberikan jawapan berdasarkan kehendak soalan.

26

oBJEKTIF PENGAJARAN

​Di akhir pelajaran, kamu dapat:

1. memahami nota tentang maksud kata kunci (SIFAT/PERASAAN)

2. mengenal pasti jawapan yang berkaitan dengan kata kunci

3. memberikan jawapan berdasarkan kehendak soalan

pattern-tertiary

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 26

SLIDE