

BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM (Part 1)
Presentation
•
Religious Studies
•
Professional Development
•
Practice Problem
•
Hard
Shilah Wahid
Used 2+ times
FREE Resource
17 Slides • 0 Questions
1
BAB 1:
AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
1.Menyatakan definisi Akhlak dari segi Bahasa dan istilah.
2.Menyebutkan sekurang-kurangnya tiga keistimewaan ajaran agama Islam.
3
DEFINISI AKHLAK
Dari segi bahasa: Budi pekerti dan kesopanan seseorang.
Dari segi istilah: Kekuatan jiwa yang melahirkan amalan-amalan zahir.
4
DEFINISI AKHLAK
Akhlak yang menepati syarak disebut mahmudah (terpuji).
Akhlak yang melanggarnya pula disebut mazmumah (tercela).
5
KEISTIMEWAAN AJARAN ISLAM
Di antara keistimewaan ajaran Islam yang perlu kita ketahui ialah:
Ajaran Islam bersifat
6
a. ISLAM BERSIFAT AJARAN ILAHI (RABBANIYYAH)
Segala ajaran yang terdapat dalam Islam ialah semata-mata ajaran Ilahi (Rabbaniyyah).
Dengan sifat ini menyebabkan ajaran Islam dapat hidup kekal serta dapat mengatasi segala masalah dalam kehidupan manusia.
Pengetahuan Allah s.w.t meliputi segalanya.
Dengan memahami ajaran Islam, maka orang Muslim akan lebih jelas tentang tujuan hidupnya dan dapat memahami dan menerima syariat Allah s.w.t.
7
b. ISLAM BERSIFAT SEMPURNA (SYUMULIYYAH)
Islam mendidik umatnya mengenai kepercayaan, amalan, akhlak dan tatacara dalam pelbagai aspek kehidupan seharian.
Firman Allah, “Dan Kami turunkan kepadanya al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (al-Nahl:89)
8
c. ISLAM BERSIFAT MEMBANGUN TAMADUN (HADHARIYYAH)
Ajaran Islam mengandungi peraturan-peraturan yang dapat mengubah masyarakat jahiliyyah serta membangunkan masyarakat Islam dengan struktur yang baru.
Setiap perintah dan larangan dalam Islam perlu difahami dan dihayati kerana merupakan pedoman serta petunjuk bagi manusia dalam menjalani hidup di dunia dan mempersiapkan diri bagi alam akhirat.
9
d. ISLAM BERSIFAT BERTERUSAN (ISTIMRARIYYAH)
Ajaran Islam tetap relevan walaupun berlaku perubahan keadaan dan zaman.
Juga sesuai bagi semua lapisan masyarakat dari zaman dahulu hingga ke akhir zaman.
Sunnah Rasulullah merupakan sumber kedua selain al-Quran serta pelengkap bagi sistem Islam
10
e. ISLAM BERSIFAT SEJAGAT (‘ALAMIYYAH)
Ajaran Islam tidak dikhususkan bagi kaum, daerah atau negeri tertentu sahaja.
Islam mengandungi peraturan bagi seluruh umat manusia di dunia ini yang merupakan petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam.
11
Identiti Seorang Muslim
Iaitu mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mempunyai pegangan yang kuat kepada ajaran-ajaran Allah SWT.
Menganiaya Diri Mereka Sendiri
Bersikap Pertengahan
Bersegera Dalam Melaksanakan Kebajikan Dan Amal Kebaikan
Iaitu mereka mempunyai sikap dualisme dalam kehidupan. Mempunyai pegangan yang kuat terhadap Islam serta menjalankan perintah Allah, tetapi pada masa yang sama kadangkala melanggar larangan Allah.
Iaitu orang-orang yang sentiasa berlandaskan kepada ajaran suci Islam. Serta sentiasa berusaha untuk mengukuhkan keimanan serta mencapai tahap ketakwaan yang sempurna.
12
IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP
‘Ubudiyyah (pengabdian) dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat ketaatan dan kepatuhan terhadap Allah s.w.t.
Ibadah terbahagi kepada 2:
Ibadah Khusus:
Seperti solat, puasa, zakat & haji
Ibadah Umum:
Segala aktiviti kehidupan manusia merangkumi percakapan dan perbuatan
13
IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP
Beberapa sifat perlu ditanam untuk perbaiki ibadah adalah seperti berikut:
14
AL-QURAN SEBAGAI SUMBER AKHLAK
Al-Quran merupakan sumber rujukan bagi seluruh umat Islam bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah, ibadah dan pembinaan akhlak.
Tujuannya agar manusia memperolehi petunjuk ke arah jalan yang benar dan akhlak yang terpuji.
15
16
RASULULLAH SEBAGAI CONTOH TERBAIK
Rasulullah diutus untuk mendidik serta mempertingkatkan kesucian dan kemuliaan hati, fikiran dan akhlak manusia.
Dikenali dengan sifat ‘al-amin’ iaitu ‘orang yang dipercayai’.
Baginda sebagai uswatun hasanah iaitu contoh tauladan yang terbaik bagi manusia.
17
RASULULLAH SEBAGAI CONTOH TERBAIK
Apabila seseorang itu mentaati Rasulullah dengan penuh rela dan ikhlas, maka bererti mereka juga telah berlaku taat dan patuh terhadap Allah s.w.t. dan akan dicintai oleh-Nya.
BAB 1:
AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
[PAK] Cara Beragama
Presentation
•
University
15 questions
DESAIN PAI DIGITAL /HOTEL SURYA
Presentation
•
University - Professi...
12 questions
Mendesain Aktivitas Pembelajaran dengan Quizizz
Presentation
•
Professional Development
13 questions
SHALAT JENAZAH
Presentation
•
University
12 questions
AKM
Presentation
•
Professional Development
13 questions
Set dan keturunanya hidup dekat Tuhan
Presentation
•
Professional Development
11 questions
IPDI 1 (Clash of Civilization)
Presentation
•
KG
14 questions
Pengolahan sayuran menjadi makanan dan minuman kesehatan kelas 7
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade