
Nota Kata Hubung
Presentation
•
Education
•
12th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
MULIYANI KPM-Guru
Used 6+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
Kata Hubung :
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Kata hubung berpasangan
2
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menggabungkan dua atau lebih ayat yang bersifat setara.
Kata hubung dan, atau, lalu, sambil, serta, selain, di samping, malahan, tambahan pula, kemudian, akhirnya menunjukkan maksud setara atau sama.
3
Contoh ayat :
Nyamuk dan tikus haiwan pembawa penyakit.
Kamu mahu minum teh atau kopi?
Ayah menanggalkan baju lalu menyangkutnya di balik pintu.
Dua orang wanita itu membasuh baju sambil berbual-bual.
Pembalakan haram menyebabkan kemusnahan alam selain mendorong kejadian tanah runtuh.
4
Kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal menunjukkan maksud yang bertentangan.
Ali bijak tetapi malas berusaha.
Pelajar 1ETN tidak dibenarkan pulang melainkan setelah menghantar tugasan folio.
Johan sanggup hidup bersusah payah padahal keluarganya orang berada.
Contoh ayat :
5
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang berfungsi mengabungkan klausa utama dengan satu klausa kecil.
yang
Nasi goreng yang sedap itu dibuat oleh Ali.
Kek keju yang gebu itu untuk Ali.
Ali memarahi adik-adiknya yang berbuat bising.
6
Kata hubung pancangan komplemen ialah kata yang melengkapkan maksud klausa utama.
bahawa
Kerajaan menjangkakan bahawa projek pembinaan lebuh raya itu disiapkan hujung tahun ini.
Tenaga empat orang dewasa digunakan untuk mengangkat katil itu.
untuk
7
Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk.
keterangan musabab - kerana, oleh sebab, lantaran
keterangan akibat - hingga, sehingga
keterangan syarat - jika, sekiranya, andai kata, kalau, jikalau
keterangan waktu - sejak, semenjak, setelah, sementara, tatkala, ketika
keterangan pertentangan - walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan
keterangan harapan - supaya, agar, moga-moga, semoga, kalau-kalau
keterangan cara - dengan
keterangan tujuan - untuk, demi, bagi
keterangan perbandingan - bagai, bak, seperti, macam, umpama, seakan-akan, ibarat
8
Contoh ayat :
Ali tidak hadir ke sekolah kerana dia demam panas.
Ali tekun mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam.
Sekiranya hujan lebat, perlawanan bola sepak itu akan dibatalkan.
Sejak kecil lagi Ali pandai bermain piano.
Walaupun Ali cacat namun dia rajin belajar.
Ali belajar dengan bersungguh-sungguh agar dia lulus dalam peperiksaan.
Ali membuka kotak itu dengan berhati-hati.
Pak Ali rajin bekerja untuk menyara ahli keluarganya.
Wanita itu cantik bak bidadari.
9
Kata hubung berpasangan ialah kata yang digunakan kedua-duanya dalam satu ayat untuk menyatakan maksud yang sama atau berlawanan
sungguhpun..... tetapi
baik.....ataupun
bukan sahaja.....tetapi
Sungguhpun soalan itu sukar tetapi Ali mampu menjawabnya dengan tepat.
Kata Hubung :
Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Kata hubung berpasangan
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
Quizz Bimbingan Kelompok
Presentation
•
12th Grade
7 questions
Kegiatan Pembelajaran 17 Maret 2023
Presentation
•
KG
7 questions
Ragam Informasi
Presentation
•
12th Grade
7 questions
Modul ajar
Presentation
•
KG
7 questions
2024 W2 Quiz
Presentation
•
12th Grade
8 questions
PRODUK DAN JASA
Presentation
•
12th Grade
6 questions
Coach
Presentation
•
KG
7 questions
Materi PKn ( Tugas 2 quizizz )
Presentation
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 4
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
HSMS - Standard Response Protocol
Quiz
•
6th - 8th Grade
16 questions
1.1-1.2 Quiz Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
12 questions
Exponent Expressions
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Adding and Subtracting Integers
Quiz
•
6th - 7th Grade
11 questions
Northeast States
Quiz
•
3rd - 4th Grade
10 questions
Characterization
Quiz
•
3rd - 7th Grade
10 questions
Common Denominators
Quiz
•
5th Grade