Search Header Logo
FIRAQ DALAM ISLAM (PART 1)

FIRAQ DALAM ISLAM (PART 1)

Assessment

Presentation

•

Religious Studies

•

9th - 12th Grade

•

Practice Problem

•

Easy

Created by

Shilah Wahid

Used 4+ times

FREE Resource

23 Slides • 1 Question

1

media
BAB 1:

FIRAQ DALAM ISLAM

2

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:

1.Menyebutkan sekurang-kurangnya dua kepentingan mempelajari ilmu firaq

2.Menyatakan sekurang-kurangnya tiga sebab munculnya firaq

3

Perkara yang boleh merosakkan Aqidah

1. Mengungkap perkataan yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sama ada ia dilakukan secara serius atau gurauan. Sebagai contoh, mengatakan bahawa "Nabi seorang pendusta." "Islam agama yang kolot." "Wanita yang bertudung adalah wanita yang kolot."

2. Menghina syariat Allah seperti hukum hudud, kewajipan solat, kewajipan zakat, kewajipan puasa dan haji. Adakalanya seseorang itu boleh menjadi murtad jika secara jelas atau gurauan dia menolak pengharaman judi dan arak yang terkandung dalam al-Quran.

4

Perkara yang boleh merosakkan Aqidah

3. Melakukan perbuatan kufur atau syirik seperti yang dilakukan golongan musyrik. Sebagai contoh sujud kepada berhala sebagai penghormatan. Memakai salib dengan anggapan ia adalah sebagai pendinding.

•4. Mempersendakan agama Allah SWT walaupun ia hanya bersifat gurauan. Ada sebahagian umat Islam sanggup mempermain-mainkan agama Allah dengan pelbagai cara seperti mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.

5

Kewajipan Memelihara Aqidah

•Aqidah adalah perkara asas dalam Islam

•Merupakan paksi yang akan mempengaruhi pemikiran, perbuatan dan seluruh jalan hidup seorang Muslim

•Wajib mempelajari dan memahami pengertian aqidah

•Ia dihayati dalam kehidupan seharian dengan amalan dan akhlak yang mulia

•Wajib memelihara aqidah daripada segala unsur negatif yang akan merosakkannya

•Aqidah yang rosak akan menjejaskan pemikiran, amalan dan akhlak

6

Perbezaan pendapat:

1. berbeza kepercayaan

2. perkara berkaitan ketuhanan, kenabian, perkara ghaib.

Berasal dari perkataan arab yang bermaksud:
Golongan-golongan

Golongan yang mempunyai fahaman aqidah Islam yang berbeza dan tersasar dari Aqidah Islam yang sebenar.

PENGERTIAN FIRAQ

7

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU FIRAQ

​Membezakan diantara golongan yang benar & sesat

​Membezakan sumber yang sah & palsu

​Memahami ajaran sesuatu golongan

​Mengenal punca utama sesuatu golongan ditubuhkan

8

Open Ended

Bagaimanakah kita dapat membezakan antara ajaran yang benar dan ajaran yang tersasar?

9

SEBAB-SEBAB MUNCULNYA FIRAQ

​Salah tafsir terhadap hukum-hukum syarak

​Cara perlantikan khalifah

​Persoalan hukum amali

Sikap ‘asabiah di kalangan orang Arab

​Penafsiran ayat-ayat mutasyabihat

​Pengaruh penganut agama lain

​Tejemahan buku falsafah Yunani

​Sikap ta’asub dengan individu/sheikh

10

  1. CARA PERLANTIKAN KHALIFAH

Setelah Rasulullah wafat, berlakulah perselisihan diantara kaum Ansar dan Muhajirin

Kaum Ansar mendakwa mereka lebih berhak memimpin kerana telah menolong umat Islam ketika berhijrah ke Madinah​

Kaum Muhajirin mendakwa mereka lebih berhak memimpin kerana merupakan golongan lebih awal memeluk Islam.​

Bani Hasyim mendakwa mereka lebih berhak memimpin kerana dari keturunan yang sama dengan Rasulullah s.a.w​

​‘Khalifah/ imam hendaklah terdiri dari kaum Quraisy.’ Akhirnya Abu Bakar dilantik menjadi khalifah atas persetujuan ramai.

11

  1. CARA PERLANTIKAN KHALIFAH

•Sesudah itu, beberapa golongan mula mempertikaikan perlantikan khalifah untuk mencapai motif tertentu.

•Seperti lahirnya firqah Khawarij & Syiah selepas peperangan al-Siffin dengan motif mendapatkan kuasa dan pengaruh.

​Garispandu Kepimpinan  (al-Quran)

​Syura

Ketaatan

Keadilan

12

2. PERSOALAN HUKUM AMALI

Dengan kehendak/ikhtiar manusia

Contoh: degupan jantung & aliran darah.


Para ulama sepakat: berlaku dengan kuasa Allah tanpa perlu ikhtiar manusia.

Tanpa kehendak/ikhtiar manusia

Menimbulkan perselisihan pendapat antara Ahli Sunnah wal Jamaah, Mu’tazilah & Jabariah.

​Hukum Amali = Hukum perbuatan

13

media
media

14

media

​Analogi: Jika manusia berjaya melakukan sesuatu, itu adalah hasil usahanya semata-mata tanpa bantuan Allah. Melahirkan manusia yang sombong dengan kelebihan diri sendiri

15

Analogi: Manusia tidak perlu bertanggungjawab atas perbuatan diri sendiri. Jika seseorang mencuri, perbuatan mencuri itu berlaku kerana qada’ & qadar telah ditentukan Allah s.w.t.

media

16

​3. SIKAP ‘ASABIAH DI KALANGAN ORANG ARAB

•Islam melarang sifat perkauman kerana manusia diciptakan & dibahagikan kepada pelbagai kaum & bangsa untuk saling mengenali atas tujuan yang mulia iaitu beribadah kepada Allah. Firman Allah s.w.t:

media

17

4. PENAFSIRAN AYAT-AYAT MUTASYABIHAT

​Ayat Muhkamat

Ayat Mutasyabihat

​Tujuan ayat Mutasyabihat

Ayat yang tetap, tegas & nyata maksudnya

Ayat yang tidak jelas maksudnya

Menguji kekuatan iman orang-orang mukmin

​Orang yang kurang mantap ilmu dan iman telah menyalah tafsirkan ayat Mutasyabihat sehingga menyebabkan perpecahan dalam masyarakat Islam sendiri.

18

Contoh Ayat Muhkamat
media

​There is nothing like Him, for He ˹alone˺ is the All-Hearing, All-Seeing. (surah asy-Syura: 11)

​Ayat di atas adalah muhkam (jelas) dalam soal Allah taala tidak menyerupai makhluk sama sekali dan yang sebaliknya juga kerana maksudnya tidak mengandungi kesamaran.

19

Contoh Ayat Mutasyabihat

Surely those who pledge allegiance to you ˹O Prophet˺ are actually pledging allegiance to Allah. Allah’s Hand is over theirs. (surah al-Fath:10)

Lafaz يد adalah lafaz mutasyabihat kerana seolah-olah pada zahir menyerupakan Allah taala dengan sifat makhluk. Namun, lafaz ini mengandungi makna yang lebih dari satu makna yang boleh difahami dalam bahasa Arab dan sesuai dengan kebesaran dan keagungan Allah taala. Sebagai contoh lafaz يد boleh juga bermakna rahmat

media

20

​5. SALAH TAFSIR TERHADAP HUKUM-HUKUM SYARAK

  • Terdapat beberapa perkara yang berlaku pada masa ini yang memerlukan penyelesaian hukum secara khusus

  • Ijtihad dilakukan untuk mendapatkan penyelesaian tentang permasalahan yang tidak begitu jelas diterangkan dalam al-Quran.

  • Tetapi terdapat beberapa golongan yang telah membuat penafsiran yang salah

21

Contoh perbuatan menafsirkan Al-Quran dengan menggunakan akal fikiran sendiri:

Sesungguhnya Aku adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka beribadahlah kepada-Ku dan dirikan lah solat untuk mengingati-Ku. (Surah Taha:14)

media

​Lalu ada orang menyatakan, ayat ini menunjukkan bahawa solat itu mencukupi sekadar dengan berzikir kepada Allah. Ia hakikatnya merupakan suatu kenyataan salah yang terhasil dari ketiadaan ilmu, bahkan inilah perbuatan menafsirkan kalamullah dengan akal fikiran sendiri, yang dilarang di dalam nas-nas syarak.

22

6. PENGARUH PENGANUT AGAMA LAIN

  • Penganut Yahudi, Nasrani & Majusi yang memasuki Islam telah  melahirkan beberapa aliran dalam pemikiran aqidah Islam

  • Mereka masih lagi mengamalkan amalan agama lama mereka


  • Mereka telah mencampurkan fahaman aqidah meraka yang lama dengan aqidah Islam

23

7. TERJEMAHAN BUKU-BUKU FALSAFAH YUNANI

  • Terdapat pemikir-pemikir Islam yang terpengaruh dengan aliran-aliran falsafah Yunani & memasukkannya ke dalam aliran aqidah Islam

24

8. SIKAP TA’ASUB DENGAN INDIVIDU/SHEIKH TERTENTU

  • Seseorang itu diikuti oleh pengikutnya secara keterlaluan walaupun dia tersasar dari ajaran Islam yang sebenar

  • Contoh seperti memuja kubur Sheikh tersebut dll.

pattern-tertiary
media
BAB 1:

FIRAQ DALAM ISLAM

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 24

SLIDE