Search Header Logo
SAINS TING.3 BAB1:RANGSANGAN&GERAK BALAS_1.3TUMBUHAN

SAINS TING.3 BAB1:RANGSANGAN&GERAK BALAS_1.3TUMBUHAN

Assessment

Presentation

•

Science

•

6th - 8th Grade

•

Practice Problem

•

Hard

Created by

MathsCatch KTO

Used 26+ times

FREE Resource

13 Slides • 0 Questions

1

media

BAB 1 RANGSANGAN DAN
GERAK BALAS

SAINS TINGKATAN 3

KREDIT KEPADA CIKGU NORAZILA BINTI KHALID,SMK ULU TIRAM JOHOR

2

media

1.3 RANGSANGAN DAN

GERAK BALAS DALAM

TUMBUHAN

3

media

RANGSANGAN
DAN GERAK
BALAS DALAM
TUMBUHAN

• tumbuhan juga boleh mengesan

rangsangan dan bergerak balas
terhadap rangsangan yang dikesan

• Rangsangan yang dikesan oleh

tumbuhan termasuklah cahaya, air,
graviti dan sentuhan.

• Gerak balas tumbuhan boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu
tropisme dan gerak balas nastik

4

media

TROPISME

• Tropisme merupakan gerak balas terarah

• Bahagian tertentu pada tumbuhan akan tumbuh

ke arah atau menjauhi rangsangan yang dikesan

• Bahagian tumbuhan yang tumbuh ke arah

rangsangan - tropisme;

bahagian tumbuhan yang tumbuh menjauhi rangsangan - tropisme negatif.

tumbuhan terhadap rangsangan seperti cahaya, air, graviti dan sentuhan yang datang dari suatu arah.

5

media

TROPISME

• Gerak balas terarah tumbuhan lazimnya

berlaku dengan perlahan dan kurang ketara.

6

media

FOTOTROPISME

• Fototropisme ialah gerak balas tumbuhan terhadap

cahaya.

• Pucuk tumbuhan menunjukkan fototropisme positif, iaitu

tumbuh ke arah cahaya

• Oleh sebab tumbuhan memerlukan cahaya untuk

fotosintesis, maka fototropisme positif memastikan pucuk dan daun tumbuhan memperoleh cahaya matahari yang mencukupi untuk membuat makanan melalui fotosintesis.

7

media

HIDROTROPISME

• Hidrotropisme ialah gerak balas tumbuhan

terhadap air.

• Akar tumbuhan menunjukkan hidrotropisme

positif, iaitu tumbuh ke arah sumber air .

• Hidrotropisme positif ini membolehkan akar

tumbuhan mendapatkan air untuk menjalankan
fotosintesis dan garam mineral terlarut untuk
terus hidup.

8

media

GEOTROPISME

• Geotropisme ialah gerak balas tumbuhan

terhadap graviti.

• Akar tumbuhan menunjukkan geotropisme

positif, iaitu tumbuh ke bawah mengikut

arah graviti.

• Geotropisme positif ini membolehkan akar

tumbuhan tumbuh jauh ke dalam tanah untuk mencengkam lalu menstabilkan kedudukan tumbuhan ini pada tanah

9

media

GEOTROPISME

• Pucuk tumbuhan pula menunjukkan

geotropisme negatif, iaitu tumbuh ke atas

menentang arah graviti.

• Geotropisme negatif ini membolehkan pucuk

dan daun tumbuhan tumbuh tegak ke atas bagi

mendapatkan cahaya matahari untuk proses

fotosintesis

10

media

TIGMOTROPISME

• Tigmotropisme ialah gerak balas terhadap

sentuhan.

• Sulur paut atau batang yang melilit

menunjukkan tigmotropisme positif

apabila berpaut pada sebarang objek atau

tumbuhan lain yang bersentuhan

dengannya

11

media

TIGMOTROPISME

• Gerak balas ini membolehkan tumbuhan

tumbuh secara menegak untuk

memperoleh cahaya matahari dan

mencengkam objek untuk memperoleh

sokongan.

• Akar menunjukkan tigmotropisme negatif

apabila mengelak sebarang objek yang

menghalangnya mencari sumber air.

12

media

GERAK BALAS
NASTIK

• Gerak balas nastik merupakan gerak balas

terhadap rangsangan seperti sentuhan tetapi tidak bergantung pada arah rangsangan tersebut.

• Gerak balas nastik berlaku lebih cepat

daripada tropisme

• Contohnya, pokok semalu bergerak balas terhadap sentuhan dengan menguncupkan daunnya apabila disentuh.

• Gerak balas nastik ini bertindak sebagai

pertahanan pokok semalu daripada musuh

dan angin yang kuat

13

media

GERAK BALAS NASTIK

pattern-tertiary
media

BAB 1 RANGSANGAN DAN
GERAK BALAS

SAINS TINGKATAN 3

KREDIT KEPADA CIKGU NORAZILA BINTI KHALID,SMK ULU TIRAM JOHOR

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 13

SLIDE