Search Header Logo
11 Permahaman

11 Permahaman

Assessment

Presentation

Education, World Languages

4th - 6th Grade

Hard

Created by

Yuen On

FREE Resource

2 Slides • 5 Questions

1

SERDANG, 30 Oktober - Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 menawarkan sebanyak 1,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh UPM termasuk pelbagai klon anak pokok durian. Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen itu mempamerkan 28 Pameran Inovasi Penyelidikan yang majoritinya berkaitan dengan pertanian.

 

      Taman Pertanian Universiti, UPM menganjurkan ekspo percuma selama enam hari. Ekspo tersebut menawarkan harga serendah dari RM10 untuk setiap pokok yang dijual. Produk yang dijual juga termasuklah anak benih pokok buah-buahan dan hiasan. Pelbagai spesies orkid juga dijual di situ. Peminat orkid dapat membeli orkid dengan harga murah. Beberapa aktiviti turut diadakan seperti gubahan bunga orkid, hiasan orkid serta teknik menanam orkid.

2

Ekspo yang bertemakan 'Mendepani Pertanian' tahun ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat supaya menjadikan aktiviti pertanian lebih dinamik. Selain itu, terdapat juga pameran ternakan, haiwan peliharaan dan zoo mini yang memberikan para pengunjung peluang untuk menaiki kuda, memberi makan kuda, rusa dan kambing. Selain itu, pelbagai pameran dan akitiviti berasaskan pertanian juga disediakan untuk pengunjung. Penganjur menawarkan peluang untuk para pengunjung supaya dapat memenangi hadiah. Pelbagai acara menarik termasuklah cabutan bertuah, pertandingan melukis dan jualan majalah juga diadakan.

3

Multiple Choice

Di manakah ekspo pertanian tersebut diadakan?

1

Serdang

2

Kota Kinabalu

3

Bayan Lepas

4

Setapak

4

Multiple Choice

Ekspo tersebut diadakan selama….

1

2 hari

2

4 hari

3

6 hari

4

Seminggu

5

Multiple Choice

Apakah yang dijual di ekspo tersebut?

1

Sayur-sayuran

2

Buah-buahan

3

Anak benih pokok

4

Buku pertanian

6

Multiple Choice

Apakah tema ekspo pertanian tersebut?

1

Masyarakat Sepadu

2

Mendepani Pertanian

3

Marilah Menanam Pokok

4

Pertanian Pokok Orkid

7

Poll

Antara penyataan berikut, yang manakah tidak betul?

Harga serendah RM10 bagi setiap pokok

Peminat orkid boleh belajar cara gubahan bunga orkid

Ekspo ini bertujuan untuk menunjuk kecantikan bunga orkid

Pengunjung dapat memenangi hadiah cabutan bertuah

SERDANG, 30 Oktober - Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-39 menawarkan sebanyak 1,000 anak pokok buah-buahan yang dihasilkan oleh UPM termasuk pelbagai klon anak pokok durian. Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen itu mempamerkan 28 Pameran Inovasi Penyelidikan yang majoritinya berkaitan dengan pertanian.

 

      Taman Pertanian Universiti, UPM menganjurkan ekspo percuma selama enam hari. Ekspo tersebut menawarkan harga serendah dari RM10 untuk setiap pokok yang dijual. Produk yang dijual juga termasuklah anak benih pokok buah-buahan dan hiasan. Pelbagai spesies orkid juga dijual di situ. Peminat orkid dapat membeli orkid dengan harga murah. Beberapa aktiviti turut diadakan seperti gubahan bunga orkid, hiasan orkid serta teknik menanam orkid.

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 7

SLIDE