Search Header Logo
FEQAH 1 (10) 3/11/21

FEQAH 1 (10) 3/11/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st - 4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

FREE Resource

22 Slides • 0 Questions

1

FEQAH 1 (10)

ZAKAT

2

​ZAKAT

LURGAH/BAHASA : suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat

SYARA'/ISTILAH : mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu

HUKUM : Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib​

3

​TUJUAN MENGELUARKAN/MEMBAYAR ZAKAT

  • Harta menjadi lbh berkat

  • Membersihkan diri bagi yg mengeluarkan zakat dri dosa

  • Mengelakkan dikenakan denda dari org yg lyk mdpt zakat

  • Menjadi kesaksian/kesahihan iman​ (perintah/surahan Allah kpd org Islam)

4

​SYARAT MEWAJIBKAN

  • Islam : disyariatkn pd org Islm shaja

  • Merdeka : bbeas dri penghambaan​

  • Pemilik mutlak/sempurna harta : mmg miliknya harta tersebut

  • ​Cukup nisab (kuantiti) : sesuatu harta yg dimiliki hndklah mcukupi nisab utk menentukan membayar/mgeluarkan zakat

  • ​Cukup haul (tempoh) : telah berlalu 1 tahun /12bulan ats harta yg dimiliki tahun hijarh 354 hari/ tahun masihi 365 hari

  • Berkembang : harta yg berkembang/blh berpotensi dpt pulang/pendapatan kpd tuanya​

  • ​KADAR : 2.5%

  • ​​SYARAT SAH : ​ Niat utk mmbyr zakat

5

(2) JENIS ZAKAT

  • ​1) Zakat Fitrah : zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

  • ​2) Zakat Harta : diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.

6

​(8) JENIS ZAKAT

  • Ternakan

  • ​Barang kemas (emas&perak)

  • ​Biji-bijian/Tanaman

  • Buah-buahan/Pertanian

  • ​Harta perniagaan

  • ​TAMBAHAN :

  • Wang Simpanan

  • Pendapatan (/KWSP)

  • ​Galian (emas,perak)

7

​MAKSUD SETIAP JENIS ZAKAT

​1) TERNAKAN : binatang yg diternakan iaitu lembu,kerbau,kambing,unta yg sempurna syaratny

​2) BARANG KEMAS (emas&perak) : dari segi emas tulen iaitu jongkong, barang perhiasan dan brg kemas

​3) TANAMAN/BIJI-BIJIAN ASASI : yg mnjdi mknn asasi yg mengenyangkan yg blh disimpan dan tidak rosak iaitu kurma, anggur kering, gandum, barli, beras . Syarat tambahan; Hasil tanaman yg ditanam oleh manusia bukanya yg tumbuh sendiri.

​4) PERTANIAH /BUAH-BUAHAN : tanah yg diamanahkn kpd manusia utk mnjdikan tanah tersebut subur dan menanam tumbuhan dan buah-buahan

​5) HARTA PERNIAGAAN (saham) : menjual dan beli utk dptkn keuntungan

8

​6) PENDAPATAN : segala usaha dan perkerjaan yg mdtgkan hasil kpd pemilik

​7) WANG SIMPANAN : segala simpanan yg berada di dlm akaun simpanan iaitu akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah yg berbentuk simpanan

​8) GALIAN (emas&perak) : yg dijumpai oleh manusia dri perut bumi

9

​KAEDAH PEMABAYARAN

  • ​Secara ats talian

  • Potongan gaji

  • Pej. kutipan zakat (setiap daerah)

10

PENGIRAAN ​

11

1) ZAKAT TERNAKAN​

Zakat yang perlu dikeluarkan apabila bilangan ternakan melebihi kadar nisab seperti berikut :

1) Lembu / Kerbau : mencukupi 30 ekor atau lebih

2) Kambing / Biri-biri : mencukupi 40 ekor atau lebih

3) Unta : mencukupi 5 ekor atau lebih

12

2) ZAKAT BARANG KEMAS (emas&perak)​

Zakat emas terbahagi kepada 2 bahagian :-

  1. Emas Pakai : Emas yag dipakai sebagai perhiasan walaupun hanya sekali dalam tempoh setahun (Hijriah)

  2. Emas Simpan : Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun (Hijriah) * Bagi emas yang bercampur dengan perkara yang lain seperti batu permata dan seumpama denganya atau emas putih akan dikira zakatnya mengikut peratusan emas tulen sahaja.

13

KAEDAH BAYARAN :

​EMAS :

  1. Emas Pakai : wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian setempat). Kadar Uruf bagi negeri Pahang ialah 500 gram. Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.

  2. Emas Simpan : wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut. PERAK : Perak wajib dikeluarkan zakat apabila beratnya menyamai atau melebihi 595 gram / 176 mayam. Kadar zakatnya adalah sebanyak 2.5% daripada nilai keseluruhan perak tersebut.

14

3) TANAMAN/BIJI-BIJIAN (asasi)​

4)​ PERTANIAN/BUAH-BUAHAN

Dikenakan zakat sekiranya hasil tanaman itu menyamai atau melebihi 1000 kg atau 400 gantang Baghdad (5 ausuq). Tanaman yang menggunakan tenaga manusia atau selainnya seperti binatang dan jentera/dgn perbelanjaan yg byk, maka zakatnya ialah 5% atau 1/20. Bagi tanaman yg menggunakan aliran hujan/aliran air secara semula jadi, maka zakatnya ialah 10% atau 1/10

15

5) PERNIAGAAN

Sekiranya perniagaan dari jenis brg/benda yg wajib zakat sprt lembu/kambing kena kluar zakat megikut mana 1 jenis yg dah cukup nisab dahulu, xblh brhimpun 2 zakat dlm 1 brg

16

6) ​WANG SIMPANAN

Simpanan Tetap : Zakat 2.5 % daripada keseluruhan simpanan tersebut

Simpanan Biasa : Zakat 2.5 % dari nilai terendah (cukup nisab) dalam tempoh setahun simpanan tersebut

17

​(8) ORANG YG HAK DAPAT ZAKAT

  • Fakir : Seseorang yg tidak mempunyai apa2 harta/pekerjaan/menerima pendapatan dari sumber2 lain yg jumlahnya tidak sampai 50 peratus drpd keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus drpd belanja hidup seseorg yg hidup sederhana dan org2 tanggungan.

  • ​Miskin : Seseorg yg mempunyai pekerjaan/hasil usaha yg hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

  • ​Amil : Mereka yg terlibat secara lgsg dgn institusi zakat samada individu/organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

18

  • ​​Muallaf : Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu

    a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

  • b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

  • Hamba sahya

19

  • Org yg berhutang Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

  • Org yg berperang dijalan AllahMana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

  • Org yg bermusafir : Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan/terputus bekalan

20

​(5) ORG TIDAK HAK MENDAPAT ZAKAT

  • orang kaya

  • keluarga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (Ahlul Bait)

  • orang kafir

  • ​Hamba sahya yg bukan dari mukatib

  • ​Org yg tuannya membayar zakat tanggung nafkahnya

21

​HIMAH DISYARIATKAN

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

  • Membersihkan diri pembayar zakat.

  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.

  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.

  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.

22

  • ​Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

    Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

    Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.

    Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

FEQAH 1 (10)

ZAKAT

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 22

SLIDE

Discover more resources for Religious Studies