Search Header Logo
TING 2 (SAMBUNGAN) - CERPEN MENUAI EMAS

TING 2 (SAMBUNGAN) - CERPEN MENUAI EMAS

Assessment

Presentation

•

Education

•

8th Grade

•

Medium

Created by

Syafiq Shariffuddin

Used 2+ times

FREE Resource

1 Slide • 7 Questions

1

CERPEN - MENUAI EMAS

TEMA, PERSOALAN, GAYA BAHASA, NILAI DAN PENGAJARAN

media

2

Multiple Choice

TEMA

Tema cerpen ini ialah kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu _____________. Bidang ini sering diperkecil oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang kecil nilai ekonominya. Tanggapan ini meleset sama sekali. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang tersebut dapat dicapai.

1

penanaman padi

2

penanaman emas

3

penanaman getah

4

penanaman kelapa sawit

3

Multiple Choice

PERSOALAN

1. Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.

2. Kebanyakan golongan muda dari kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.

3. Lulusan universiti tidak semestinya bekerja _________.

1

makan gaji

2

makan angin

3

makan hati

4

makan dalam

4

Multiple Choice

GAYA BAHASA

1. Metafora. Contohnya, pita ingatan; pisau kata-kata.

2. Simile. Contohnya, Kuningnya seperti emas; hati yang terasa seperti mahu luruh.

3. Sinkope. Contohnya, Dia seorang saja yang tak beri kata putus; Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah.

4. ____________. Contohnya, Alhamdulillah; Insya-Allah..

1

Bahasa Arab

2

Bahasa Melayu

3

Bahasa Inggeris

4

Bahasa Klasik

5

Multiple Choice

LATAR MASA

1. Waktu awal pagi

Alif menyusuri permatang sawah lalu disapa oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut.

2. _______________

Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka.

1

Setahun yang lalu

2

Sebulan yang lalu

3

Seminggu yang lalu

4

Setengah tahun yang lalu

6

Multiple Choice

LATAR TEMPAT

1. Petak bendang

Tempat Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika dia sedang menyusuri permatang sawah.

2. _________________

Tempat beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan.

3. Petak-petak sawah di Seberang Perak

Tempat yang pernah dikunjungi Alif dalam usaha mengumpul pengalaman dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya.

1

Anjung rumah Mak Wan

2

Anjung rumah Tuk Ketua

3

Anjung rumah Abang Man

4

Pejabat Tanah

7

Multiple Choice

NILAI

1. Keyakinan

Alif yakin dengan kebolehan dirinya bahawa dia mampu mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya..

2. _________

Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri walaupun dia berkelulusan universiti.

3. Kegigihan

Alif berusaha untuk mendapatkan pengalaman tentang cara untuk mengendalikan estet padi di kampungnya.

1

Berdikari

2

Kerjasama

3

Kepimpinan

4

Berhemah tinggi

8

Multiple Choice

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Kita mestilah berani mempertahankan ________ keluarga terutamanya dalam hal tanah.

3. Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.

1

hak milik

2

hak cipta

3

hak asasi

4

hak kebebasan

pattern-tertiary
CERPEN - MENUAI EMAS

TEMA, PERSOALAN, GAYA BAHASA, NILAI DAN PENGAJARAN

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 8

SLIDE