
T410.5-PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Presentation
•
History
•
4th Grade
•
Medium
NORDIYANA Moe
Used 2+ times
FREE Resource
9 Slides • 6 Questions
1
T410.5-PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
2
-Bagi sebuah negara yang merdeka, kedaulatan merujuk kuasa tertinggi yang menentukan sesebuah negara bebas daripada kongkongan kuasa luar.
-Wilayah pengaruh, kerajaan , keunggulan undang-undang, lambang dan rakyat merupakan aspek kedaulatan negara kita.
-Kita dapat menentukan sendiri nasib rakyat dan hala tuju negara melalui kemerdekaan.
3
-Selepas merdeka, Persekutuan Tanah Melayu memperoleh kedaulatan atau kuasa tertinggi.
-Kedaulatan ini membolehkan kita membuat keputusan tentang hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik negara.
4
WILAYAH PENGARUH
-Kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
-Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu.
-Setiap negeri berdaulat diketuai sama ada Sultan/ Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
5
KERAJAAN
-Institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir negara.
-Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
-Dalam amalan demokrasi, kuasa memerintah dipegang oleh rakyat melalui pilihan raya.
6
Multiple Choice
Pernyataan berikut berkaitan dengan kerajaan.
- Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir negara.
Bagaimanakah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?
A. Peranan ulama
B. Proses pilihan raya
C. Kebijaksanaan Perdana Menteri
D. Ketetapan Yang di-Pertuan Agong
7
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-Kerajaan dan rakyat keseluruhannya tertakhluk di bawah undang-undang.
-Kedaulatan undang-undang penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan demi kesejahteraan negara.
-Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjadi asas kedaulatan negara yang merdeka dan memelihara hak rakyat.
8
Multiple Choice
Pernyataan berikut berkaitan dengan prinsip keempat Rukun Negara.
-Kedaulatan Undang-undang-
Apakah maksud yang dibawa oleh prinsip tersebut?
Undang-undang negara wajar dipatuhi
Undang-undang negara tidak boleh dipinda
Undang-undang negara digubal oleh Perdana Menteri
Kerajaan dan rakyat tertakhluk di bawah undang-undang negara
9
LAMBANG KEBANGSAAN
-Jata Negara, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan dan bunga kebangsaan merupakan identiti dan jati diri rakyat.
-Lambang ini juga menjadi simbol perpaduan
-Setiap elemen pada lambang ini mempunyai pengertian berdasrkan sosiobudaya dan sejarah negara.
-Lambang ini mempunyai kedaulatannya tersendiri dan lambang jati diri negara.
10
Multiple Choice
Gambar berikut menunjukkan Jata Negara kita Malaysia.
Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia?
I. Memperkukuh perpaduan rakyat
II. Melahirkan rakyat bersemangat waja
III. Mempertahan semangat kenegerian
IV . Melambangkan kemajuan ekonomi
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11
PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKYAT
-Membolehkan kita mendapat hak asasi, iaitu hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat.
-Sebagai warganegara, kita perlu mematuhi perlembagaan.
-Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara dan negara juga mempunyai hak terhadap rakyat.
12
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah merangkumi hak asasi sebagai rakyat?
I. Kebebasan bersuara
II. Memberikan pendapat
III. Mematuhi undang-undang
IV. Taat setia kepada sultan dan raja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
13
Multiple Choice
Kerajaan merupakan institusi yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir negara. Antara badan yang terkandung dalam komponen ini ialah
I. Badan Kehakiman
II. Badan Perundangan
III. Badan Pelaksanaan
IV. Badan Pemilihan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
14
Prinsip kedaulatan iaitu kuasa tertinggi yang diperoleh melalui perjuangan yang berliku perlu dikekalkan bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.
-Kemerdekaan yang diperoleh wajar dipertahankan sepenuh jiwa dan raga.
Semangat jiwa merdeka generasi lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara perlu diteladani dan disyukuri supaya generasi akan datang terus menikmati kedaulatan negara yang dicintai.
15
Multiple Choice
Berikut merupakan tanggungjawab Rakyat kepada PTM kecuali
Mematuhi perlembagaan
menjalankan tanggungjawab kepada negara
bijak menggungakan hak masing-masing untuk mengekalkan keamanan negara
Melancarkan dasar provokasi demi kepentingan masing-masing
T410.5-PRINSIP KEDAULATAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 15
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Tematik
Presentation
•
4th Grade
13 questions
IPAS STS GENAP
Presentation
•
4th Grade
11 questions
Quiz Literasi Gen Z
Presentation
•
KG
11 questions
BUNYI KELAS 4
Presentation
•
4th Grade
10 questions
"BUNYI" Tema 1 Kelas 4 SD
Presentation
•
4th Grade
12 questions
LOS VERBOS
Presentation
•
4th Grade
10 questions
DAKWAH NABI MUHAMMAD PART1 T4M29
Presentation
•
4th Grade
13 questions
IPAS
Presentation
•
4th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade