
MANISNYA PERSAUDARAAN
Presentation
•
Religious Studies
•
2nd Grade
•
Hard
Azlin Muaziz
Used 6+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
MANISNYA PERSAUDARAAN
by Azlin Muaziz
2
SURAH ALI IMRAN AYAT 103
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ
تَهْتَدُونَ
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
3
ASBABUL NUZUL (SEBAB PENURUNAN AYAT)
Semasa jahiliah, suku Aus dan khazraj bermusuhan. Melalui agama Islam, Rasulullah SAW telah berjaya menyatukan mereka. Pada suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara Aus dan Khazraj sehingga mereka hampir berbunuhan. Namun demikian, Rasulullah SAW telah mendamaikan permusuhan tersebut. Maka turunlah ayat 101 hingga 103 surah Ali Imran.
4
MAKSUD BERPEGANG DENGAN TALI ALLAH
Menurut Ibnu Mas’ud, tali Allah bermaksud agama Islam secara keseluruhannya. Berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam.
5
CARA MENGUKUHKAN PERSAUDARAAN
HATI
Ikhlas
Tidak ada sesuatu kepentingan melainkan mentaati perintah Allah dan rasul.
Bersangka baik
Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain dengan tidak bersangka buruk kepadanya.
LISAN
Ucapan salam
Setiap kali bersua muka dan hendak berpisah hendaklah memberikan dan menjawab salam.
Bertegur sapa
Bertanya khabar dan bertegur sapa apabila berjumpa.
6
PERBUATAN
Membantu mereka yang memerlukan
Bantuan ini dapat merapatkan hubungan baik sesama insan.
Menunaikan solat berjemaah
Salah satu cara mengukuhkan silaturahim sesama Islam adalah dengan menunaikan solat secara berjemaah.
7
HIKMAH PERSAUDARAAN DALAM ISLAM
INDIVIDU
Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang kepada anggota keluarga dan sesama saudara muslim yang lain.
Mententeramkan jiwa kerana semua orang saling menyayangi.
KELUARGA
Membentuk keluarga bahagia kerana setiap anggota keluarga saling menghormati.
Mengeratkan hubungan silaturahim dalam keluarga kerana telah dididik dengan adab dan tatasusila yang baik.
8
MASYARAKAT DAN NEGARA
Membentuk masyarakat yang bersatu padu kerana saling menjaga hati dan perasaan orang lain.
Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana setiap individu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan perbalahan dalam masyarakat.
Negara aman damai kerana setiap anggota masyarakat sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab.A
9
PENGAJARAN AYAT
Bertanggungjawab menjaga perpaduan dalam masayarakat kerana Islam menyuruh umatnya berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak berpecah belah.
Menjaga imej umat Islam dengan sentiasa melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam kehidupan.
Kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan kerana al-Quran dan hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.
Sentiasa berusaha mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia.
Sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah.
MANISNYA PERSAUDARAAN
by Azlin Muaziz
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
BACAAN SUNAT DALAM SOLAT
Presentation
•
2nd Grade
8 questions
SIKAP JUJUR NABI MUHAMMAD SAW
Presentation
•
2nd Grade
9 questions
Pend.Agama Katolik (Tempat Tinggalku)
Presentation
•
2nd Grade
9 questions
Hidup Bersih dan Sehat
Presentation
•
2nd Grade
6 questions
surah al maun
Presentation
•
3rd Grade
6 questions
PTS S2 KLS 1 DOA DAN ASMAUL HUSNA
Presentation
•
1st Grade
10 questions
FIQH ( 2 AL- JAYYANI)
Presentation
•
2nd Grade
7 questions
PELAJARAN 8 -HUKUM WAQAF DAN MAD TABI'I
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade