
Penjodoh Bilangan Tahun 2
Presentation
•
World Languages, Education
•
2nd Grade
•
Practice Problem
•
Easy
Sukma Idrus
Used 14+ times
FREE Resource
13 Slides • 10 Questions
1
Penjodoh Bilangan Tahun 2
by Sukma Idrus
2
Penjodoh Bilangan
Digunakan untuk membilang (menghitung) sesuatu sama ada manusia, binatang, tumbuhan, tempat atau benda.
3
Penjodoh Bilangan orang
Digunakan apabila membilang manusia.
Contoh:
Kakak seorang penyanyi.
Ayah seorang polis.
4
Penjodoh Bilangan ekor
Digunakan untuk membilang binatang.
Contoh:
Saya ada tiga ekor arnab.
Saya ternampak dua ekor katak di dalam longkang.
5
Penjodoh Bilangan buah
Digunakan untuk membilang sesuatu yang besar, padu dan mempunyai ruang.
Contoh:
Ibu membeli sebuah kereta Toyota.
Rumah itu ada lima buah bilik.
6
Penjodoh Bilangan biji
Digunakan untuk membilang buah dan benda yang kecil.
Contoh:
Fatma sedang makan sebiji epal.
Ada lima biji guli di dalam plastik itu.
7
Penjodoh Bilangan keping
Digunakan untuk membilang benda yang berkeping atau nipis dan leper.
Contoh:
Julia sedang makan dua keping roti.
Ahmad melukis gambar kucing di atas sekeping kertas.
8
Penjodoh Bilangan helai
Digunakan untuk membilang benda yang nipis, lembut dan lebar.
Contoh:
Ibu membeli tiga helai tudung untuk kakak.
Ayah menyimpan dua helai bajunya ke dalam beg.
9
Penjodoh Bilangan bilah
Digunakan untuk membilang benda (objek) yang tajam.
Contoh:
Nenek memotong daging dengan sebilah pisau yang tajam.
Ayah mengambil sebilah kapak untuk menebang pokok.
10
Penjodoh Bilangan batang
Digunakan untuk membilang lurus, panjang atau keras.
Contoh:
Adi sedang meraut sebatang pensel.
Dina membeli dua batang penyapu.
11
Penjodoh Bilangan pasang
Digunakan untuk membilang benda yang berpasangan (mesti ada dua).
Contoh:
Abang membeli sepasang kasut sukan yang baharu.
Sepasang pengantin sedang duduk di pelaminan.
12
Penjodoh Bilangan laras
Digunakan untuk membilang senjata yang panjang.
Contoh:
Abang pernah menggunakan selaras senapang untuk latihan tentera.
13
Aktiviti
Jawab semua soalan yang disediakan.
14
Multiple Choice
Kamilah se_________ gadis yang cantik.
ekor
orang
biji
15
Multiple Choice
Kami ada tiga _______ kereta.
keping
pasang
buah
16
Multiple Choice
Ibu membelikan lima _______ pen.
batang
helai
keping
17
Multiple Choice
Adik membawa se______ bola sewaktu berkelah di pantai.
biji
laras
buah
18
Multiple Choice
Ibu membeli se________ anting-anting emas.
biji
bilah
pasang
19
Multiple Choice
Nenek ternampak beberapa _____ monyet di atas pokok itu.
orang
buah
ekor
20
Multiple Choice
Adik mengambil beberapa _______ kertas untuk menyiapkan kerjanya.
buah
keping
batang
21
Multiple Choice
Lima _______ meriam digunakan dalam latihan itu.
laras
biji
batang
22
Multiple Choice
Ibu membeli dua _____ baju baru untuk adik.
buah
keping
helai
23
Multiple Choice
Datuk menebas rumput dengan se______ parang.
bilah
laras
biji
Penjodoh Bilangan Tahun 2
by Sukma Idrus
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 23
SLIDE
Similar Resources on Wayground
16 questions
Buku Aktiviti Jilid 2 muka surat 29
Presentation
•
2nd Grade
21 questions
Bahasa Indonesia Materi dan Soal Gagak Sang Pembohong
Presentation
•
2nd Grade
19 questions
Tulis Karangan
Presentation
•
1st Grade
17 questions
KESALAHAN BAHASA
Presentation
•
3rd Grade
17 questions
TATABAHASA
Presentation
•
1st Grade
18 questions
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Presentation
•
1st - 2nd Grade
16 questions
Sidang dan Rapat
Presentation
•
KG
20 questions
又臭又懒的花
Presentation
•
2nd Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade