Search Header Logo
FEQAH 4 (6) NAFKAH

FEQAH 4 (6) NAFKAH

Assessment

Presentation

Religious Studies

4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

Used 2+ times

FREE Resource

17 Slides • 0 Questions

1

FEQAH 4 (6)

NAFKAH​

2

1. NAFKAH​

PERKATAAN : Memberi belanja/sara hidup/membiayai

Belanja/sara hidup​ (makanan dll) yg perlu ditanggung suami utk isteri dan anak.

​TANGGUNGJAWAB : Suami

Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

3

DALIL : AL-QURAN ​

ۗ اَلرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ اللّٰهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَآ اَنْفَقُوْا مِنْ اَمْوَالِهِمْ

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka".

-Surah An Nisa : 34-

4

PERBEZAAN NAFKAH DAN PERBELANJAAN RUMAH​

NAFKAH : adalah peruntukkan khas utk isteri dan menjadi hak milik mutlak isteri sepenuhnya yg dibenarkan oleh syara'

PERBELANJAAN HIDUP : adalah ​keperluan asas yg disediakan suami utk isteri dan anak-anak

5

PEMBAHAGIAN NAFKAH (2)

  • 1) ​Wajib atas dirinya sendiri

  • ​2) Wajib atas org lain

  • ​P/S : Jika si suami enggan memberi nafkah kepada si isteri, si isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannyamengikut kadar keperluan belanja keluarga. Dibenarkan oleh syara'

  • ​DALIL : HADIS Sabda Rasulullah SAW :

    “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan kamu dengan cara yang makruf” (Hadis Imam Al Bukhari)

6

​JENIS NAFKAH DAN YG BERTANGGUNGJAWAB MEMBERI NAFKAH

  • JENIS-JENIS NAFKAH (5) :

  • ​1) Nafkah isteri (semasa perkahwinan)

  • ​2) Nafkah iddah (selepas perceraian)

  • ​3) Nafkah anak

  • ​4) Nafkah zahir

  • ​5) Nafkah batin

  • YG BERTANGGUNGJAWAB :

  • ​1) Bapa

  • ​2) Wali (mengikut susunan tertib wali)

7

1 ) NAFKAH ZAHIR & BATIN UTK ISTERI​

NAFKAH ZAHIR : bagi isteri adalah meliputi pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain-lain keperluan dalam kehidupan bersesuaian dengan kemampuan suami.

​NAFKAH BATIN : isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya

8

​2) NAFKAH IDDAH​

  • TALAK RAJ'IE / BAIN : Isteri hamil 1.Tempat tggl 2. Makanan 3. Pakaian 4. Perubatan 5. Kebajikan

  • TALAK RAJ'IE : Isteri tidak hamil 1. Tempat tggl 2. Makanan 3. Pakaian 4. Perubatan 5. Kebajikan

  • TALAK BAIN : Isteri tidak hamil 1.Tempat tggl

  • TALAK BAIN : Isteri hamil 1.Tempat tggl 2. Makanan 3. Pakaian 4. Perubatan 5. Kebajikan

  • KEMATIAN SUAMI : Isteri dapat tempat tinggal

9

3) NAFKAH ANAK​

seorang anak telah baligh dan mempunyai kemampuan untuk berkerja tetapi anak tersebut masih belajar, seorang bapa bertanggungjawab untuk menanggung keperluan anaknya untuk belajar.

1) LELAKI : ada kemampuan utk menyara diri sendiri

2) PEREMPUAN : selagi belum berkahwin.

10

SEBAB-SEBAB YG MEWAJIBKAN NAFKAH

  • Sebab-sebab yang mewajibkan nafkah atas seseorang adalah seperti yang berikut:

  • ​1) Perkahwinan

  • ​2) Keturunan/kerabat

  • ​3) Memiliki ; Kanak2 yg diterima menjadi ahli keluarga (anak angkat)

11

​1) NAFKAH ISTERI (Semasa perkahwinan)

​ Disebabkan pernikahan, WAJIB suami memberi nafkah pd isteri yg menyerahkan diri sepenuhnya. TIDAK WAJIB jika tidak sempurna menyerahkan dirinya mengikut waktu yg tertentu atau pd tempat yg tertentu saja. PERKARA YG PERLU DINAFKAHKAN :

​1. SUAMI YG MAMPU :

​ a) Makanan

​ b) Tempat tinggal

​ c) Pakaian

​​2. SUAMI YG TIDAK MAMPU :

​ a) Makanan

​ b) Pakaian

12

​2) NAFKAH KETURUNAN/KERABAT

​Selain isteri, bapa, ibu dan datuk ke atas, anak cucu ke bawah perlulah ditanggung.

​1) Anak cucu ke bawah perlulah menanggung bapa, ibu dan datuk yg ke atas dgn salah 1 dari 2 syarat :

​ a) Fakir dan tua

​ b) Fakir dan gila/sakit/buta

​2) Bapa, ibu dan datuk ke atas wajib menanggung anak cucu ke bawah dgn salah 1 dari 3 syarat :

​ a) Fakir dan kecil

​ b) Fakir dan lemah tiada terdaya bekerja

​ c) Fakir dan gila

13

​3) NAFKAH MEMILIKI

​Yg layak diberikan nafkah :

​ 1) Hamba sahya

​ 2) Binatang

​P/S : Tiada harus memberatkan dgn kerja-kerja yg tiada kemampuan/ sudah verjalan sepanjang masa tiada berhenti. HARAM.

​********************************************************************************

14

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERINTAH NAFKAH ANAK BERKUAT KUASA ?

Pada umumnya, perintah nafkah anak berkuat kuasa sehingga usia anak 18 tahun atau sehingga dibenarkan oleh Mahkamah. Bagi anak perempuan, perintah nafkah tersebut berkuat kuasa selagi belum berkahwin.

15

BILA KEGAGALAN MENUNAIKAN NAFKAH ​​

1) Nafkah isteri dikira sebagai hutang apabila tidak dibayar bermula dari kewajipan membayar nafkah.

2) Nafkah anak dikira hutang selepas adanya perintah Mahkamah.

16

BAGAIMANAKAH NAFKAH ISTERI DAN ANAK DITAFSIRKAN ?

Jumlah nafkah yang perlu diberikan oleh suami kepada isteri atau bapa kepada anak adalah bergantung kepada faktor berikut:

1) Pendapatan dan tanggungan Pihak Yang Kena Tuntut

2) Keperluan isteri dan anak-anak

3) Umur anak-anak

17

DOKUMEN YG DIPERLUKAN MEMBUAT TUNTUTAN NAFKAH

  • Setiap permohonan untuk mendapatkan khidmat Jabatan Bantuan Guaman perlu mengemukakan dokumen yang berikut:

  • 1) Kad pengenalan

  • 2) Surat rujuk

  • ​3) Sijil perakuan nikah

  • ​4) Sijil kelahiran

  • ​5) Surat perakuan cerai

  • ​6) Surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)

  • ​7) Penyata gaji atau bukti pendapatan

  • ​8) Nama/alamat/pekerjaan suami/isteri

  • ​9) Nama/alamat majikan suami/isteri

  • ​10) Penyata gaji, penyata cukai, akaun bank dan sebagainy

FEQAH 4 (6)

NAFKAH​

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE