
KELAB KEBUDAYAAN KOMPANG
Presentation
•
Performing Arts
•
1st - 6th Grade
•
Practice Problem
•
Medium
Muhammad Dolhalit
Used 156+ times
FREE Resource
10 Slides • 10 Questions
1
(KOMPANG)
2
Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang. Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula adalah daripada kulit kambing.
3
Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;
Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini.Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)
4
Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)
2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara
rasmi yang melibatkan pembesar
3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak.
5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.
5
Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat daripada bunyi ‘bung’.
Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.
Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.
6
7
8
Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.
9
Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini adalah seperti berikut;
· Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.
· Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.
· Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.
Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;
· Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu
· Pukulan lagu
· Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.
10
KOMPANG FORMASI
· Sekolah Penuh Kerajaan
· Anggota Lelaki/Perempuan Sekurang-Kurangnya 2 Kaum D’malaysia
PERSEMBAHAN
· Kompang Sendiri
· Saiz Kompang 8” – 15”
· Masa Tidak Lebih 8 Minit Dikira Semasa Paluan Pertama Peserta Di Dlm Gelanggang
· Ukuran Gelanggang 16x16 Meter
· Irama Adalah Bebas
· Mesti Ada Melalu, Meningkah, Menyilang.
11
Multiple Choice
Kompang merupakan alat muzik tradisional ?
Betul
Salah
12
Multiple Choice
Kompang menyerupai sebuah _______ dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu balu (badan) dan belulang.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Kuali
Buku
Meja
13
Multiple Choice
Dimanakah asal kompang menurut kepercayaan seniman?
Utara Malaysia
Barat Selatan
Timur Tengah
14
Multiple Choice
Berikut merupakan fungsi kompang, kecuali ?
Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian nasyid
Membuat perhiasan dinding
15
Multiple Choice
Apakah peranan pemimpin dalam kumpulan kompang?
Menyediakan pakaian dan hiasan ahli kumpulan
Memulakan dan mengakhiri persembahan dengan arahan
Menyanyi dan menari untuk menarik minat penonton
16
Multiple Choice
Berapakah jumlah ahli kumpulan kompang yang biasa diwujudkan?
10 hingga 20
2 hingga 8
30 hingga 40
8 hingga 16
17
Multiple Choice
Berapakah teknik memegang kompang ?
6
3
5
4
18
Multiple Choice
Terdapat tiga paluan kompang untuk menghasilkan paduan bunyi, kecuali?
Menyilang
Melalu
Meningkah
Merisik
19
Multiple Choice
Apakah alatan yang dilarang semasa pertandingan kompang?
Kompang yang ada loceng
Gelang tangan berloceng
Pakaian yang berwarna-warni
20
Multiple Choice
Berikut merupakan peraturan pertandingan kompang, kecuali?
Keputusan hakim adalah muktamad
Paluan hanya dengan tangan
Tidak semua ahli perlu bermain kompang
Melibatkan semua ahli
(KOMPANG)
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 20
SLIDE
Similar Resources on Wayground
22 questions
EKOSISTEM
Presentation
•
1st - 5th Grade
17 questions
RANGKA MANUSIA
Presentation
•
1st - 5th Grade
18 questions
Matematik Tahun 3
Presentation
•
1st - 5th Grade
15 questions
STATISTIKA
Presentation
•
KG
20 questions
CYBER BULI
Presentation
•
1st - 6th Grade
21 questions
PENYAJIAN DATA 1
Presentation
•
1st - 5th Grade
8 questions
Lingkaran
Presentation
•
1st - 6th Grade
9 questions
BILANGAN BULAT
Presentation
•
KG - 7th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Performing Arts
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Columbus Day and Indigenous People's Day
Interactive video
•
5th - 8th Grade