

DI SEBALIK SIRAT MAKNA
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
FREE Resource
17 Slides • 0 Questions
1
DI SEBALIK SIRAT MAKNA
by Zubairi Yahaya
2
RENTETAN PERISTIWA
Kisah seorang guru veteran yang juga ketua warden yang bernama Cikgu Ibau bakal berdepan dengan bekas pelajarnya (Naszkir) yang beliau pernah rotan suatu ketika dahulu
Perasaan cikgu Ibau tidak menentu untuk bertemu dengan Naszkir. konflik makin membesar bila diketahui Cikgu Naszkir telah dilantik sebagai warden asrama oleh Cikgu Micheal Teo
Cikgu Ibau tidak dapat menerima pandapat rakan-rakannya bahawa Nazskir mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di asrama. Beliau menganggap dia yang lebih berpengelaman dalam menguruskan masalah disiplin pelajar dan kelulusan yang tinggi tidak menjamin sebagai seorang warden yang baik
Hati Cikgu Ibau menjadi galau kerana bekas pelajarnya berjawatan tinggi sebagai PK HEM melebihi dirinya
Konflik dilebarkan apabila Naszkir membuat keputusan untuk menerima semula Tingang yang telah dibuang asrama. Bagi Naszkir, Tingang perlu diberi peluang kedua
konflik kembali reda apabila pengetua
3
7. Pada hari persaraan Cikgu ibau, Naszkir diberi peluang berucap bagi mewakili guru-guru. Dalam ucapannya, beliau telah memberi nasihat kepada pelajar agar jangan menaruh perasaan dendam terhadap guru walaupun pernah dikenakan tindakan disiplin.
8. Naszkir berpendapat semua tindakan guru adalah untuk kebaikan semua pelajar. Akhirnya Cikgu Ibau dan Naszkir berbaik semula.
4
TEMA
Kemanusiaan yang berkaitan dengan perbezaan gaya kepimpinan dan pendapat dari dua generasi guru. Guru merupakan golongan yang dianggap profesional dalam menjalankan tugasnya untuk mendidik pelajar-pelajar, namun begitu setiap tindakan mereka pasti mencetuskan kontroversi sama ada di peringkat dalaman mahu pun luaran. Kisah konflik antara Cikgu Ibau iaitu seorang guru berdisiplin yang berpengalaman luas dengan bekas pelajarnya Cikgu Naszkir yang pernah dihukum pada zaman persekolahannya.
5
PERSOALAN
Jasa dan pengorbanan guru. Semua guru mempunyai hasrat untuk mendisiplinkan pelajarnya selain memberikan pelajaran akademik. Guru ibarat ibu bapa kedua kepada pelajar kerana mereka banyak memberi didikan dan lebih mengetahui perkembangan psikologi pelajarnya. Naszkir sendiri tetap mengingati jasa dan pengorbanan gurunya Cikgu Ibau walaupun pernah didenda
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Masalah yang timbul dalam kalangan guru apabila terdapat sebahagian pelajar yang suka memberontak dan melanggar disiplin. Oleh hal yang demikian, seorang guru harus peka dengan setiap masalah pelajar dan sebarang tindakan boleh mencetus situasi yang tidak baik antara guru dan pelajar. Cikgu Ibau yang membuang Tingang dari asrama telah mencetuskan konflik antara dirinya dengan Cikgu Naszkir.
6
3. Bersangka baik sesama insan, seseorang yang telah berusia tidak semestinya sentiasa betul dalam tindakan. Oleh itu sesuatu perkara harus disiasat dengan terperinci sebelum membuat keputusan. Hal ini boleh dilihat dalam konflik hubungan Cikgu Ibau dan Naszkir. Cikgu ibau beranggapan bekas pelajarnya itu cuba membalas dendam terhadap tindakannya dahulu.
4. Tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar. pelajar-pelajar adalah amanah ibu bapa, kebajikan mereka harus dijaga. Dalam hal ini Naszkir telah berusaha dengan gigih untuk mencari penyelesaian selepas Tingang dibuang dari asrama.
7
WATAK
CIKGU IBAU
Latar Belakang
Nama penuh Ibau Paul Nyibang, isterinya bernama Chrisy, merupakan seorang ketua warden yang telah berkhidmat selama 40 tahun dan akan bersara dalam tempoh 6 bulan.
Perwatakan
Seorang yang tegas dalam tindakan, Cikgu Ibau bekerja mengikut peraturan. Oleh itu apabila Tingang melakukan kesalahan dia telah membuat tindakan membuang pelajar itu dari asrama.
Komited dengan tugas, Cikgu Ibau mendidikasikan tugas sebagai pendidik selama 40 tahun dengan hasrat untuk mendisiplinkan pelajar.
8
3. Seorang yang emosional dalam tindakan, dia jarang meneliti sesuatu perkara dengan mendalam, oleh itu dia dengan mudah membuang Tingan dari asrama tanpa menyelidiki latar belakang pelajar tersebut.
4. Mudah melenting dan panas baran, sifat melenting Cikgu Ibau dapat dilihat ketika dia mengetahui Cikgu Naszkir membenarkan semula Tngang tinggal di asrama.
5. Seorang yang berprasangka buruk terhadap orang lain. Lantaran egi yang mebelit diri, dia curiga dengan keupayaan Naszkir menangani masalah disiplin, contoh ungkapannya " Dia hanya ada kelulusan, bukan pengalaman. lagipun masalah disiplin tak mampu diselesaikan dengan teori. Dia masih mentah dengan rencam pendidikan"
9
NASZKIR
Latar belakang
Bekas pelajar Cikgu Ibau di sekolah yang sama. Kembali ke sekolah itu sebagai PK HEM dan pada masa yang sama telah dilantik sebagai warden asrama.
Perwatakan
Prihatin dengan nasib pelajar, dia berusaha membawa Tingang semula ke asrama kerana enggan membiarkan pelajar tersebut tercicir dalam pelajaran.
Rasional dalam tindakan, Naszkir bertindak menyelidik sendiri latar belakang Tingang sebelum membenarkan semula pelajar tersebut tinggal di asrama.
Menghormati guru, walaupun pelbagai pandangan negatif diberikan oleh Cikgu Ibau namun Naszkir tetap menghormati bekas gurunya
Seorang yang mengenang jasa-jasa gurunya, dia menggunakan kesempatan pada saat Cikgu Ibau ingin bersara dengan memberikan penghargaan terhadap segala jasa yang dicurahkan oleh Cikgu Ibau
10
CITRA MASYARAKAT
Kisah berlatarbelakangkan sekolah di slaah satu daerah di negeri Sarawak. Kisah guru-guru yang menghadapi pelabagai dugaan sepanjang kairer sebagai pendidik. Golongan guru lama berbeza ideologi, falsafah dan cara bertindak berbanding guru muda.
Ada golongan guru lama yang bertindak mengikut peraturan tanpa memikirkan maslah sebenar pelajar dalam usaha mereka menerapkan disiplin di sekolah dan asrama.
Ada golongan guru baru yang bertindak secara rasional dengan menyiasat latar belakang pelajar sebelum membuat keputusan.
11
PERBEZAAN MENANGANI MASALAH DISIPLIN
Cikgu Ibau menggunakan pendekatan mematuhi peraturan yang termaktub dalam perlembagaan disiplin sekolah. Oleh itu dia akan menajtuhkan hukuman kepada mana-mana pelajarnya yang melanggar disiplin. Dia percaya seorang pelajar akan berjaya dalam hidupnya apabila memliki disiplin yang baik. Cikgu Ibau berpendapat hukuman merupkan salah satu cara untuk mendisiplinkan pelajar. Oleh hal yang demikian dia dengan tegas membuang Yngang dari asrama yang didapati telah melaggar peraturan asrama sekolah.
Cikgu Naszkir pula yang mewakili generasi baru menggunakan kaedah lebih diplomasi dalam menangani disiplin pelajar. Sebagai seorang pelajar yang pernah menerima hukuman dari Cikgu Ibau semasa zaman persekolahannya, dia beranggapan cara disiplin perlu diubah. Oleh itu dia telah menerima semula Tingang yang telah dibunag oleh Cikgu Ibau. Ekoran dari itu berlaku konflik antara kedua generasi sehingga mengukit soal dendam dan sebagainya.
12
TEKNIK
Penceritaan langsung, pengarang banyak menggerakkan cerita menggunakan pemerian secara langsung tentang perasaannya yang gelisah dan tidak tenteram dengan kehadiran Naszkir yang bertugas bersamanya.
Dialog, perbualan melibatkan watak Cikgu Micahel Teo dan Naszkir keitka beliau memperkenalkan Cikgu Ibau di dalam biliknya.
Imbas kembali, sorotan peristiwa pada awal cerita tentang hukuman yang diterima oleh Naszkir, dia dirotan oleh cikgu Ibau di punggungnya.
Monolog dalaman, ungkapan yang tidak terluah dan bermain di dalam fikiran seseorang. Cikgu Ibau bermonolog pada waktu malam apabila teringat kepada Naszkir yang telah menjadikan dirinya seperti boneka
13
MESEJ
Kita hendaklah sentiasa rasional dalam tindakan agar keputusan yang kita buat tidak menyusahkan pihak lain.
Kita hendaklah sentiasa mengenag jasa-jasa guru yang banyak berbakti mendidik kita menajdi manusia yang berguna
Kita hendaklah menghormati guru tanpa perasaan dendam meskipun pernah dihukum ketika zaman persekolahan.
14
Pengajaran
1. Kita mesti sanggup menerima perubahan untuk mencapai kejayaan diri atau orang lain. Cikgu Ibau seharusnya sentiasa berfikir positif terhadap sebarang perubahan dasar pendidikan selaras dengan dasar pendidikan masa kini. Mungkin sebagai seorang guru yang telah lama mengajar, kita mempunyai banyak pengalaman. Namun pengalaman yang ada belum mencukupi. Ia harus ditambah pula dengan pengetahuan dan teknik baru dalam pengajaran kita. Begitu juga dalam hal ehwal mendidik anak bangsa yang tinggal di asrama. Kita mesti menerima idea baru dengan positif sekalipun ia datang dari pendangan seorang bekas murid.
15
2. Kita harus bersangka baik terhadap sesama insan. Mungkin kita pernah mengenali diri seseorang sebelum ini samada perbuatannya baik atau sebaliknya. Namun kita perlu sedar bahawa seseorang itu boleh berubah. Umpamanya daripada perbuatan buruk bertukar menjadi seorang yang lebih baik. Kita perlu faham bahawa anak murid kita yang dahulunya nakal, mungkin akan berubah pada masa akan datang. Hal ini berlaku ke atas anak murid Cikgu Ibau. Naszkir telah hadir dalam dunia pendidikan dengan semangat dan idea baru bagi menyelesaikan masalah murid masa kini. Beliau mampu memberi cadangan yang terbaik sesuai dengan kehendak zaman. Niat beliau adalah ke arah kebaikan dan bukannya memberi cadangan yang tidak berfaedah.
16
3. Perbuatan menghargai jasa dan sumbangan guru adalah sesuatu yang dituntut. Naszkir adalah seorang guru muda yang sebenarnya sentiasa menghargai bekas gurunya. Beliau menghargai gurunya yang telah mendidik dan membentuk dirinya sehingga berjaya dalam pelajaran dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang lebih tinggi. Cikgu Ibau sepatutnya berbangga dengan kejayaan anak muridnya dan menyedari bahawa dirinya telah berjaya sebagai seorang guru. Naszkir tidak pernah lupa jasa gurunya malah kehadirnnya ke sekolah lamanya adalah untuk memberi sumbangan yang terbaik terhadap anak bangsa.
17
​
DI SEBALIK SIRAT MAKNA
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
Membuat Akun di Quizizz
Presentation
•
University
13 questions
Analisis Data Kelas 7 dan 8 SMP
Presentation
•
12th Grade
11 questions
Pemanfaatan Aplikasi CUrhat Online
Presentation
•
University
14 questions
Dasar Mengajar
Presentation
•
University
12 questions
Gita Prima Putra
Presentation
•
University
10 questions
Pengantar Pendidikan: Permasalahan Pendidikan
Presentation
•
University
10 questions
PROSES PENYERAPAN KOSAKATA DI DALAM BAHASA INDONESIA
Presentation
•
University
10 questions
Petualang Rimba
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 4
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
HSMS - Standard Response Protocol
Quiz
•
6th - 8th Grade
16 questions
1.1-1.2 Quiz Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
12 questions
Exponent Expressions
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Adding and Subtracting Integers
Quiz
•
6th - 7th Grade
11 questions
Northeast States
Quiz
•
3rd - 4th Grade
10 questions
Characterization
Quiz
•
3rd - 7th Grade
10 questions
Common Denominators
Quiz
•
5th Grade