

Bebas daripada Masalah Kewangan
Presentation
•
Professional Development
•
•
Hard
WAN Moe
Used 4+ times
FREE Resource
28 Slides • 0 Questions
1
Bebas daripada Masalah Kewangan
by WAN Moe
2
Masalah kewangan
Berdasarkan pembelajaran yang lepas, dengan pelbagai nasihat, petua dan panduan telah dikongsikan berkenaan perancangan kewangan,
anda
Tidak sepatutnya menghadapi sebarang masalah kewangan.
Mampu menguruskan wang anda dengan bijak
Bebas daripada beban tekanan kewangan
3
Masalah Kewangan
Sekiranya anda TIDAK merancang kewangan anda,
berkemungkinan anda akan berbelanja melebihi pendapatan, yang akhirnya menjerumuskan anda ke dalam masalah hutang dan seterusnya masalah kewangan yang serius.
> BELANJA ---> MASALAH HUTANG ---> MASALAH KEWANGAN
4
Masalah Kewangan
Menghadapi masalah kewangan bukan sahaja akan menjejaskan reputasi anda, malah juga masalah emosi dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan.
Semua ini akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi anda.
Masalah ini akan berterusan - semuanya kerana anda gagal merancang!
5
Kelayakan kredit anda
Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit peminjam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System - CCRIS).
Maklumat ini membolehkan penyedia kredit membuat rujukan berhubung status kredit anda.
6
Kelayakan kredit anda
Sekiranya anda mempunyai masalah hutang yang serius, anda akan dilihat mempunyai risiko kredit yang tinggi oleh penyedia kredit.
Rekod kredit yang tidak memuaskan akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada penyedia kredit berlesen.
7
Apa akan berlaku ???
Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, penyedia kredit akan mengambil tindakan terhadap diri anda. Ia akan bermula dengan penghakiman.
8
Apa akan berlaku ???
Pinjaman kereta <--- Menarik balik dan Menjual kenderaan tersebut.
Pinjaman perumahan bercagar dengan hartanah <--- Merampas dan menjualnya melalui lelongan awam
Pinjaman tanpa cagaran <--- perintah rasmi rampasan dan jualan @ mendapat bayaran daripada pihak ketiga @ saman penghutang penghakiman dan pemfailan perintah bangkrap (hutang lebih RM50,000)
9
Sekiranya ANDA diisytiharkan bankrap, ...
Anda tidak boleh
Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (KPJIM)
Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM
Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kelulusan KPJIM
10
Sekiranya ANDA diisytiharkan bankrap, ...
Anda tidak boleh
Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terliibat dalam pengurusan syarikat tanpa kelulusan mahkamah atau KPJIM
Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka.
Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaft
11
Namun begitu,
Seksyen 51 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991,
Pemegang Serah Hak Rasmi (Official Assignee - KPJIM) tidak berhak untuk memohon wang sumbangan KWSP seorang yang bankrap.
12
Oleh itu,
Penyumbang KWSP yang bankrap haruslah tunjuk bukti tentang kebankrapan beliau kepada KWSP agar badan itu mengeluarkan sumbangan wang kepada beliau secara terus melalui waran tunai dan tidak ke dalam akaun bank beliau.
Ini adalah kerana, sebarang wang yang dibayar kepada akaun bank si bankrap akan diserahkan kepada Pemegang Serah Hak Rasmi dan tidak menjadi milik si bankrap.
13
Berwaspada dengan tanda-tanda amaran
Malangnya, masih terdapat individu yang tidak menyedari bahawa mereka menghadapi masalah kewangan.
Terdapat tanda-tanda ketara yang menunjukkan anda bermasalah kewangan dan ANDA perlu sedar tentangnya..
14
Kad Kredit
Membayar baki minimum sahaja setiap bulan
Menambah baki hutang setiap bulan
Menggunakan kad pada had maksimum
Kerap mengambil pendahuluan wang tunai
Tidak membayar atau lewat bayar bil, atau membayar sebahagian jumlah bil pada bulan ini dan selebihnya pada bulan-bulan akan datang
Kad akan dibatalkan oleh bank
15
Pinjaman
Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik dari akaun semasa
Menerima notis bayaran kedua dan ketiga dari bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang
Permohonan kredit baharu tidak diluluskan kerana laporan negatif daripada Biro Kredit
Membuat pinjaman daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang
Sering menerima panggilan telefon daripada pemungut hutang
16
Simpanan
Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan
Mempunyai simpanan yang sedikit ataupun tiada langsung untuk menangani perbelanjaan atau kecemasan yang tidak diduga
17
Perbelanjaan
Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai kos sara hidup.
Hidup bergantung semata-mata pada pendapatan bulanan
Selalu bertengkar dengan pasangan kerana hal-hal wang
Tidak mengetahui berapa banyak perbelanjaan sehinggalah bil-bil perbelanjaan sampai.
18
Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda yang tersebut,
Dapatkan nasihat dengan segera.
Lagi cepat anda mendapatkan pertolongan, lagi mudah anda dapat keluar daripada situasi ini.
19
Apa perlu anda lakukan??
Anda boleh menghubungi bank anda dan kemukakan pelan pembayaran balik yang bersesuaian dengan aliran tunai anda.
Anda boleh juga menghubungi AKPK untuk mendapatkan kaunseling dan nasihat kewangan
20
Apa perlu anda lakukan??
Untuk tujuan penyediaan pelan pembayaran balik,
anda boleh merujuk kepada Panduan Urus Sendiri (PUS)
yang dikeluarkan oleh AKPK iaitu panduan untuk berkomunikasi atau berunding secara terus dengan penyedia kredit tentang cadangan bayaran balik pinjaman.
21
Apa perlu anda lakukan??
PUS memberi sampel-sampel dokumen untuk dikemukakan kepada penyedia kredit.
Butir-butir PUS boleh didapati di laman sesawang AKPK, www.akpk.org.my
22
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
Misi AKPK
Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup
Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang terkawal
23
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :
1.
Program pendidikan kewangan serta bahan-bahan ruukan mengenai penggunaan kredit secara bijak dan kemahiran asas pengurusan wang
24
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :
2.
Kaunseling kewangan serta menyediakan individu dengan penilaian yang mendalam mengenai masalah kewangan beliau dan cara mengatasinya.
25
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Menawarkan 3 jenis perkhidmatan :
3.
Program Pengurusan Kredit (PPK) , di mana AKPK dan Individu bekerjasama untuk menyediakan penstrukturan pembayaran balik pinjaman persendirian individu berkenaan melalui rundingan denga penyedia kredit beliau.
26
PPK disediakan kepada individu yang :
Mempunyai sumber pendapatan positif selepas ditolak perbelanjaan
Tidak mampu menguruskan sendiri tanggungan hutang
Jumlah pinjaman tidak melebihi RM5 juta
Tidak menghadapi tindakan undang-undang di tahap lanjut
Tidak bankrap
27
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK,
sila layari laman sesawang
www.akpk.org.my
Sekian, Terima kasih...
28
Bebas daripada Masalah Kewangan
by WAN Moe
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 28
SLIDE
Similar Resources on Wayground
21 questions
Bilişim Teknolojileri
Presentation
•
6th Grade
20 questions
[TK-003] Perangkat Lunak
Presentation
•
7th Grade
22 questions
Media Pembelajaran
Presentation
•
7th - 9th Grade
19 questions
Workshop Presentasi Interaktif
Presentation
•
11th Grade
22 questions
Explore Fitur Kuis di Quizizz
Presentation
•
Professional Development
23 questions
Grammar - Lesson 4: Compound Sentences
Presentation
•
5th Grade
24 questions
Diskusi: Nyeri Abdomen
Presentation
•
Professional Development
25 questions
Membuat Website di Google Sites
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade
Discover more resources for Professional Development
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade