

AYAT MAJMUK
Presentation
•
World Languages
•
4th - 6th Grade
•
Practice Problem
•
Hard
Iffah Nabilah
Used 3+ times
FREE Resource
12 Slides • 16 Questions
1
AYAT MAJMUK
BAHASA MELAYU (TAHUN 4)

2
APA ITU AYAT MAJMUK?
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal.
3
JENIS AYAT MAJMUK
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
4
AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, sambil, serta, malahan, lalu, manakala, kemudian atau dan sebagainya.
5
Contoh ayat majmuk gabungan
Ayat 1: Murid itu bernyanyi.
Ayat 2: Murid itu menari.
(gunakan mana-mana kata hubungyang sesuai seperti dan, tetapi, sambil, serta, malahan, lalu, manakala, kemudian atau dan sebagainya)
Ayat majmuk gabungan = Murid itu bernyanyi sambil menari.
6
AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat yang terdiri daripada satu klausa bebas (ayat induk) dan satu klausa tak bebas (ayat kecil).
Tiga jenis ayat majmuk pancangan:
1. Ayat majmuk relatif (kata hubung yang)
2. Ayat majmuk komplemen (kata majmuk bahawa dan untuk)
3. Ayat majmuk keterangan (kata hubung ketika, kerana, jika, dengan, dan sebagainya)
7
Contoh ayat majmuk pancangan
Ayat induk: Kereta itu kereta Cikgu Yong.
Ayat kecil: Kereta itu berwarna putih.
(gunakan kata hubung relatif yang)
Ayat majmuk pancangan = Kereta yang berwarna putih itu kereta Cikgu Yong.
8
AYAT MAJMUK CAMPURAN
Ayat yang mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa ayat majmuk.
9
Contoh ayat majmuk pancangan
Ayat induk: Azrul dan Kumar membaca karangan. (ayat majmuk gabungan)
Ayat kecil: Karangan ditulis oleh Wong. (ayat tunggal)
Ayat majmuk campuran = Azrul dan Kumar membaca karangan yang ditulis oleh Wong.
Ayat diatas ialah ayat majmuk campuran kerana mengandungi kata hubung dan dan kata hubung relatif yang.
10
UJI KEFAHAMAN 1
Nyatakan ayat berikut sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
11
Multiple Select
1. Ketua kelas kamu siapa?
Ayat majmuk
Ayat tunggal
12
Multiple Select
2. Beliau penulis novel yang terkenal.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
13
Multiple Select
3. Ayah ke pasar untuk membeli ikan.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
14
Multiple Select
4. Kereta yang berwarna hitam itu cantik.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
15
Multiple Select
5. Abang cerdas kerana selalu membaca buku.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
16
Multiple Select
6. Dia melihat album sambil mendengar radio.
Ayat tunggal
Ayat majmuk
17
Multiple Select
7. Pasukan hoki negara kita cemerlang dalam kejohanan itu.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
18
Multiple Select
8. Pak Syarif membelah kayu itu dengan menggunakan kapak.
Ayat majmuk
Ayat tunggal
19
UJI KEFAHAMAN 2
Nyatakan jenis ayat berikut sama ada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran.
20
Multiple Choice
1. Salasiah tidak hadir kerana anaknya sakit.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
21
Multiple Choice
2. Cikgu Mazlee guru yang baik dan berdedikasi.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
22
Multiple Choice
3. Jurulatih yang telah membantu beliau ialah Encik Khairi.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
23
Multiple Choice
4. Beliau amat gembira apabila disambut secara besar-besaran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
24
Multiple Choice
5. Gunung yang paling tinggi di Asia Tenggara ialah Gunung Kinabalu.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
25
Multiple Choice
6. Hadiah ini untuk ayah dan ibu yang telah banyak berjasa kepadaku.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
26
Multiple Choice
7. Kumar dan Harun akan mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
27
Multiple Choice
8. Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa peperiksaan itu akan dimansuhkan.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
28
TERIMA KASIH
AYAT MAJMUK
BAHASA MELAYU (TAHUN 4)

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 28
SLIDE
Similar Resources on Wayground
18 questions
ATLETIK (1)
Presentation
•
4th - 6th Grade
23 questions
Unsur intrinsik cerita
Presentation
•
5th Grade
20 questions
Uniknya Budaya Kita
Presentation
•
5th - 6th Grade
20 questions
BM Tahun 4 Unit 17 ms 110 Peribahasa
Presentation
•
4th Grade
17 questions
Tatabahasa : Kata Nafi
Presentation
•
5th - 6th Grade
23 questions
PPKn TEMA 3
Presentation
•
5th Grade
17 questions
Unsur Intrisik Cerita
Presentation
•
5th Grade
20 questions
Tatabahasa
Presentation
•
5th - 6th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade