

FEQAH 1 (4) 2/8/21
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
Used 1+ times
FREE Resource
18 Slides • 0 Questions
1
FEQAH 1 (4)
SOLAT SUNAT HAJAT, TAHJUD

2
1. SOLAT SUNAT HAJAT
solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Mengharapkan pertolongan drpd Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dgn keazaman dan usaha yg gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
3
DALIL : HADIS
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
4
PANDUAN SOLAT HAJAT
Dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam
Hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu
Berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri
Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
5
CARA SOLAT
Lafaz niat
Bacaan Al-Fatihah
RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Kafirun / Ayat Kursi (satu kali atau 11 kali)
RAKAAT KEDUA : Surah Al-Ihkas (satu kali atau 11 kali)
Membaca tasbih : Sebaik sahaja selesai solat (slps memberi salam) , terus sujud sekali lgi
Wirid slps solat : a) Istighfar (10/100 kali) b) Zikir c) Selawat (10/100 kali) d) Doa Solat Hajat
6
TASBIH
لَا إِلهَ إلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
"Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya" .
7
DOA SOLAT HAJAT
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلَامَةَ مِن كُلِّ إِثْم ٍوَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ. اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَسْمَعُ كَلَامِي، وَتَرَى مَكَانِي وَتَعْلَمُ سِرِّي وَعَلَانِيَتِي وَلَا يَخْفَى عَلَيْكَ شَيْءٌ مِنْ أَمْرِي وَأَنَا الْبَائِسُ الْفَقِيرُ وَالْمُسْتَغِيثُ الْمُسْتَجِيرُ وَالْوَجِلُ الْمُشْفِقُ الْمُقِرُّ الْمَعْتَرِفُ إِلَيْكَ بِذَنبِهِ أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمِسْكِينِ وَأَبْتَهِلُ إِلَيْكَ إِبْتِهَالَ الْمُذْنِبِ الذّلِيلِ وَأَدْعُوكَ دُعَاءَ الْخَائِفِ الضَّرِيرِ دُعَاءَ مَنْ خَضَعَتْ لَكَ رَقَبَتُهُ وَذَلَّ لَكَ جسْمُهُ وَرَغِمَ لَكَ أَنفُهُ.
8
MAKSUDNYA :
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir batinku, dan tidak ada satu urusan pun daripada urusanku yang tersembunyi daripada pengetahuanMu.
Aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang meminta dikasihani, yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.
9
FADHILAT
Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Menyedari kita adalah manusia yang sangat lemah dan sangat memerlukan bantuan dan pertolongan dari Allah
Mengajar erti sabar dan redha dalam menunggu permohonan dikabulkan Allah
10
2. SOLAT SUNAT TAHJUD
Solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
11
DALIL : AL-QURAN
“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
(Surah Isra’; ayat 79)
12
DALIL : HADIS
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
13
CARA SOLAT
Lafaz niat
Bacaan Al-Fatihah
RAKAAT PERTAMA : Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi 7x
RAKAAT KEDUA : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas 11x
14
TUJUAN SOLAT SUNAT TAHJUD
Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
15
FADHILAT
Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
16
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
17
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
18
TIPS MUDAH BANGUN MALAM
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
FEQAH 1 (4)
SOLAT SUNAT HAJAT, TAHJUD

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 18
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
AIR DALAM KEHIDUPAN
Presentation
•
1st - 5th Grade
13 questions
Ilmu Pengetahuan Alam
Presentation
•
KG
10 questions
Penjumlahan dan Pengurangan Aljabar
Presentation
•
12th Grade - University
12 questions
JENIS-JENIS NAJIS
Presentation
•
1st - 5th Grade
12 questions
FPD Yopi - Zakat - Slide
Presentation
•
1st - 5th Grade
11 questions
PERSAUDARAAN KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR
Presentation
•
1st - 3rd Grade
11 questions
Materi dan Soal PAI (BAB SHOLAT)
Presentation
•
1st - 5th Grade
13 questions
Clase 1 - Introducción a la Programación
Presentation
•
11th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 4
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
HSMS - Standard Response Protocol
Quiz
•
6th - 8th Grade
16 questions
1.1-1.2 Quiz Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
12 questions
Exponent Expressions
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Adding and Subtracting Integers
Quiz
•
6th - 7th Grade
11 questions
Northeast States
Quiz
•
3rd - 4th Grade
10 questions
Characterization
Quiz
•
3rd - 7th Grade
10 questions
Common Denominators
Quiz
•
5th Grade