

FEQAH 3 (3) 28/7/21
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
Used 1+ times
FREE Resource
20 Slides • 0 Questions
1
FEQAH 3 (3)
AD-DIYAT (Membunuh Janin, Sebab Tergugur Qisas)

2
MENGUGURKAN JANIN
Menggugurkan kandungan SEBELUM berusia empat bulan
Menggugurkannya SELEPAS berusia empat bulan
3
1. MENGGUGURKAN SEBELUM 4 BULAN
1.Sebagian ulama : Haram menggugurkan kandungan sebelum usia kandungan memasuki empat puluh hari.
2. Sebagian ulama : Makruh menggugurkan kandugannya sebelum usia kandungan 40 hari hanya cukup bertaubat kepada Allah swt. Tidak ada diyat
4
2. MENGGUGURKAN SELEPAS 4 BULAN
1. Sebagian ulama : HARAM menggugurkan kandungan sebelum ditiupkan ruh.
2. Sebagian ulama : MAKRUH menggugurkan kandungannya dengan sengaja setelah memiliki bentuk (usia 40 hari ke atas). HUKUMAN : A ) Sebagian ulama : WAJIB diyat sepersepuluh nilai diyat ibunya.
B) Sebagian ulama : WAJIB diyat menilainya dengan sekitar 213 gram emas. Diyat ini diberikan kepada ahli waris janin. 5 UNTA
3.Para ulama sepakat : HARAM WAJIB diyat Menggugurkan kandungan setelah 120 hari.
5
QISAS DIGUGURKAN
Gugur hukuman qisas dengan sebab-sebab yang menggugurkannya ataupun pesalah dimaafkan oleh mangsa atau warisnya
6
SEBAB-SEBAB TERGUGUR QISAS
Kematian Pembunuh
Pengampunan
Pendamaian
Pembunuh sendiri mewarisi hak menuntut qisas
7
1. KEMATIAN PEMBUNUH/PESALAH
pembunuh yang telah disabitkan kesalahannya itu meninggal dunia. Lantaran orang yang sudah mati itu tidak perlu dikenakan hukuman mati lagi.
8
PERBAHASAN
PERLU DIYAT/TIDAK PERLU DIYAT :
1. I.H/I.M : Gugurlah kedua-dua hukuman qisas dan diyat kerana hukuman yang telah ditetapkan kepada penjenayah bunuh hanya qisas sahaja. Oleh itu tidak boleh ditukarkan dengan hukuman diyat
2. I.S/I.A : Wajibkan diyat dari harta peninggalannya, kerana menurut pendapat mereka, hukuman yang wajib dalam kes bunuh ialah salah satu daripada hukuman qisas atau diyat. hukuman diyat sebagai gantinya.
9
2. PENGAMPUNAN
Semua fuqaha’ sependapat bahawa jika pembunuh itu dimaafkan oleh wali al-dam maka gugurlah hukuman qisas bunuh dari penjenayah tersebut, kerana hukuman qisas bukanlah suatu perkara yang wajib dituntut oleh wali al-dam, malahan lebih baik bagi wali al-dam jika mereka mahu boleh memaafkan pejenayah berkenaan. Ini berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijma’.
10
DALIL
Antaranya firman Allah Taala :
Maksudnya :
“Barangsiapa yang mendapat suatu kemaafan dari saudaranya hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik pula. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu kerahmatan”
11
HAL-HAL YANG PERLU DALAM PENGAMPUNAN
Syarat-syarat pengampunan
Orang yang berhak mengampunkan
12
1. SYARAT-SYARAT PENGAMPUNAN (mangsa)
Baligh
Waras
Tiada paksaan
Yang berhak memberi kemaafan
Pengampunan itu diberi oleh semua walinya
PERSELISIHAN : 1. I.M : Qisas tidak boleh digugurkan. 2. Semua fuqaha' : Qisas boleh digugurkan
13
2. ORANG YANG BERHAK MENGAMPUNKAN
Semua waris, sama ada lelaki atau perempuan dan sama ada mereka menerima pusaka melalui pembahagian pusaka atau ‘asabah’
Pengampunan dari Pemerintah. Mangsa bunuh yang tidak ada wali lagi, pemerintah yang berhak menuntut haknya kepada penjenayah. Semua Fuqaha' : Sultan atau pemerintah yang menjadi walinya dan berhak menuntut hukuman qisas berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w
Ini kerana kuasa pemerintah adalah menyeluruh sebagai kekuasaan yang khas.
14
DALIL (Pengampunan dari Pemerintah)
sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya :
“Sultan menjadi wali bagi orang yang tidak ada wali”.
15
3. PENDAMAIAN
Semua ulama' : Perdamaian yang dibuat antara wali dengan penjenayah adalah dibenarkan dalam Islam. SYARAT : Ada persetujuan kedua belah pihak
16
PERBEZAAN PENGAMPUNAN DAN PENDAMAIAN
1. PENGAMPUNAN : Menggugurkan tuntutan qisas tanpa menuntut hukuman ganti.
2. PENDAMAIAN : Persetujuan untuk menggugurkan hukuman yang asal dengan hukuman lain sebagai ganti.
17
SYARAT-SYARAT PENDAMAIAN
Hukuman ganti yang dipersetujui itu hendaklah suatu yang dihalalkan dalam Islam
Barang yang dipersetujui sebagai ganti kepada hukuman qisas hendaklah diketahui oleh kedua-dua belah pihak
Perjanjian damai itu hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara untuk menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan suatu yang halal
Orang yang berdamai itu : Orang yang berwibawa dan, Baligh, Waras , Kehendaknya sendiri, bukan paksaan
18
4. PEMBUNUH SENDIRI MEWARISI HAK MENUNTUT QISAS
Maksudnya orang yang berhak menuntut hukuman qisas itu adalah penjenayah itu sendiri, maka gugurlah hukuman qisas bunuh.
19
CONTOH
Zaid, tidak mempunyai waris kecuali dua orang anak lelaki yang seorang bernama Baha dan Zaki. Tiba-tiba Baha membunuh bapanya sendiri (Zaid), selepas itu pula didapati si Zaki telah meninggal dunia.
Sedangkan sepatutnya oleh kerana Zaki tidak membunuh bapanya, maka dialah yang berhak menuntut qisas kepada Baha. Akan tetapi apabila Zaki telah meninggal dunia lebih dahulu, maka hak tuntutan qisas itu berpindah kepada Baha, iaitu anak yang membunuh bapanya sendiri.
20
PENJELASAN/PENERANGAN
Oleh itu andainya hukuman qisas itu diwajibkan kepada orang yang berhak menuntut qisas, seolah-olah dia menuntut supaya hukuman qisas dijalankan ke atas dirinya sendiri, hal seperti ini tidak dapat dibayangkan boleh berlaku. Oleh itu maka gugurlah hukuman qisas jika pembunuhnya itu sendiri adalah waris orang yang mewarisi hak qisas.
FEQAH 3 (3)
AD-DIYAT (Membunuh Janin, Sebab Tergugur Qisas)

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 20
SLIDE
Similar Resources on Wayground
18 questions
PAHBP KELAS 3 MATERI TRI PARARTHA
Presentation
•
3rd Grade
10 questions
Bahasa Melayu Tahun 3 - Kata Ganda
Presentation
•
1st - 3rd Grade
10 questions
Peneran Nilain Paancasila Sila ke 3
Presentation
•
1st - 5th Grade
11 questions
Tri Murti Tugas 3
Presentation
•
2nd Grade
17 questions
Nabi Muhammad s.a.w dan Masyarakat Mekah - Tahun 3
Presentation
•
1st - 4th Grade
15 questions
Kuis Materi Perlindungan HAM Anak
Presentation
•
1st - 5th Grade
12 questions
Peduli (Kelas 3 Pelajaran 4)
Presentation
•
3rd - 4th Grade
15 questions
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
Presentation
•
3rd Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade