

TING 3 - KATA GANTI NAMA
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Easy
Syafiq Shariffuddin
Used 4+ times
FREE Resource
6 Slides • 5 Questions
1
TATABAHASA
KATA GANTI NAMA
2
KATA GANTI NAMA TANYA
Kata ganti nama tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan perkara.
Kata ganti nama tanya disertakan dengan tanda soal ( ? )
Sekiranya kata ganti nama tanya ini digunakan di permulaan ayat, kata penegas atau partikel 'kah' hendaklah disertakan.
Kata penegas atau partikel 'kah' tidak perlu digunakan sekiranya kata ganti tanya tersebut terletak di hujung ayat.
3
CONTOH KATA GANTI NAMA TANYA DAN PENGGUNAANNYA
Apa ~ digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
CONTOH AYAT :
1. Apakah nama kucing yang comel itu ?
2. Nama kucing itu apa ?
Siapa ~ digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
CONTOH AYAT :
1. Siapakah pemuda yang berbaju merah itu ?
2. Pemuda yang berbaju merah itu siapa ?
4
CONTOH KATA GANTI NAMA TANYA DAN PENGGUNAANNYA
Mana ~ digunakan untuk menanyakan tempat dan benda
CONTOH AYAT :
1. Di manakah budak itu tinggal ?
2. Budak itu tinggal di mana ?
Bila ~ digunakan untuk menanyakan masa
CONTOH AYAT :
1. Bilakah ayah kamu akan ke Kuala Lumpur ?
2. Ayah kamu akan ke Kuala Lumpur bila ?
Berapa ~ digunakan untuk menanyakan bilangan, jumlah, dan harga
CONTOH AYAT :
1. Berapakah harga sebungkus nasi lemak ?
2. Harga sebungkus nasi lemak itu berapa ?
5
KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang menggantikan kata nama atau penanda kata nama.
Kata ini menunjukkan benda, perkara, atau orang yang dirujuk.
Contoh kata ganti nama tunjuk ialah ini dan itu.
CONTOH AYAT :
1. Buku ceritu itu telah habis dijual. (benda)
2. Masalah ini belum diselesaikan. (perkara)
3. Budak yang berbaju biru itu adik Zainudin. (orang)
6
FUNGSI KATA GANTI NAMA TUNJUK DALAM BINAAN AYAT
Sebagai subjek
1. Ini sekolah saya.
2. Itu kereta Encik Tan.
Sebagai predikat
1. Inilah sekolah saya.
2. Itulah kereta Encik Tan.
Sebagai penentu belakang
1. Saya belajar di sekolah ini.
2. Encik Tan membeli kereta itu.
7
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 1
"Cuba teka, apakah benda yang saya pegang _____ ?" tanya Zaidi kepada kawan-kawannya.
ini
itu
sana
sini
8
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 2
"Anna, tolong bawakan kotak jahitan ibu ke _________ ," kata Puan Suraya kepada anaknya.
situ
itu
ini
sini
9
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Soalan : _________ yang akan merasmikan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini?
Jawapan : Datuk Chang Yak yang akan merasmikan majlis tersebut.
Adakah
Siapakah
Apakah
Manakah
10
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 4
Soalan : _________ bahan-bahan utama untuk membuat roti canai?
Jawapan : Bahan-bahan utama untuk membuat roti canai ialah tepung gandum, minyak sapi, air, dan garam.
Mengapakah
Apakah
Manakah
Berapakah
11
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 5
"Tolong buka beg, saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya," kata Cikgu Aidil kepada Amira.
bila
apa
siapa
berapa
TATABAHASA
KATA GANTI NAMA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 11
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
LATIHAN 2: KATA NAMA AM, KATA NAMA KHAS & KATA GANTI NAMA DIRI
Presentation
•
KG
10 questions
KUIS PANCASILA SEBAGAI IDEOLOGI TERBUKA
Presentation
•
9th Grade
6 questions
"Mari berkenalan"
Presentation
•
KG
11 questions
BIMBINGAN DAN KONSELING
Presentation
•
KG
10 questions
Cerpen
Presentation
•
9th Grade
11 questions
T3 - KATA GANTI NAMA TAK TENTU DAN KATA GANTI NAMA TEMPAT
Presentation
•
9th Grade
11 questions
Kerajinan Berbasis Media Campuran
Presentation
•
9th Grade
7 questions
Ts25
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade