

SENI BAHASA (NOVEL)
Presentation
•
World Languages, Other
•
5th Grade
•
Hard
Cikgu Asmida Muda
FREE Resource
16 Slides • 1 Question
1
SENI BAHASA (NOVEL)
TINGKATAN 2
DARAH TITIK DI SEMANTAN

2
APA ITU TEMA :
Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, baik cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Tema menjadi panduan kepada penkarya dalam usaha mengumpulkan, memilih dan menyusun bahan-bahan bagi sesuatu karya. Tema tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya tersebut. Tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya. Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam dan banyak lagi.
3
Persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan wujud dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuhkan tema yang diketengahkan oleh pengkarya.
4
Pemikiran
Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan. Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.
5
Watak Dan Perwatakan
Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dalam drama, watak ialah pelakon yang menggerakkan plot sesuatu drama itu. Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya, dialognya dan konfliknya. Sesuatu watak akan diberi sifat-sifat tertentu, termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya, iaitu dialog di samping perlakuannya “ aksi”.
6
Sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan inilah yang dikatakan sebagai perwatakan. Sifat-sifat itu antara lain termasuklah yang berupa lahiriah seperti bentuk, paras rupa dan tingkah serta yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran. Biasanya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama mahupun watak pembantu atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang berbeza dan malah bertentangan. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur ketegangan atau konflik, sesuai dengan temadan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengkarya.
7
Contoh perwatakan secara lahiriah ialah;
v Tinggi lampai
v Gemuk gedempol
v Lemah lembut
v Lincah
v Ikal mayang
8
9
Contoh perwatakan secara lahiriah ialah;
v Tinggi lampai
v Gemuk gedempol
v Lemah lembut
v Lincah
v Ikal mayang
10
Watak dan perwatakan manusia atau makhluk apapun yang diwujudkan bukan saja berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah persekitaran atau suasana latar tempat watak itu berada. Selain itu, watak dan perwatakan berfungsi juga untuk menyalurkan buah fikiran dan pandangan hidup pengkarya serta untuk menimbulkan kesan-kesan tertentu kepada pembaca. Dalam aspek watak dan perwatakan, pelajar perlu juga tahu akan makna istilah yang berkaitan dengan aspek watak iaitu ;
11
Watak utama – watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu
karya itu.
Watak sampingan – merupakan watak pembantu atau peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam sesuatu karya.
Watak hitam – merupakan watak jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu karya.
Watak putih – merupakan watak baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai murni dalam sesuatu karya.
12
Multiple Choice
Siapakah watak utama dalam Novel Darah Titik di Semantan
Datuk Bahaman
Lajis
Zahid
Zahim
13
WATAK UTAMA
*Zahid
>watak utama dalam novel ini.
>seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.
>seorang yang patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.
14
>seorang yang berani.
Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.
>seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.
15
>seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.
16
Berdasarkan novel yang and a kaji di Tingkatan 2, nyatakan watak dan huraikan perwatakan watak utama tersebut.
(10 m)
17

You can open this webpage in a new tab.
SENI BAHASA (NOVEL)
TINGKATAN 2
DARAH TITIK DI SEMANTAN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 17
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
teknik pendedran ikan
Presentation
•
KG
12 questions
Bahasa Melayu Tahun 5
Presentation
•
5th Grade
12 questions
Cerita Fabel
Presentation
•
2nd Grade
11 questions
Fonik dan Huruf c
Presentation
•
KG
11 questions
SUNNAH-SUNNAH HAI'AT SHOLAT
Presentation
•
5th Grade
11 questions
TEMA 4 KELAS 5
Presentation
•
5th Grade
12 questions
Sistem Pernafasan Manusia
Presentation
•
5th Grade
13 questions
IKLAN
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for World Languages
15 questions
Identify Adjectives Quiz
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Los saludos y las despedidas
Quiz
•
5th - 8th Grade
10 questions
Hispanic heritage Month Trivia
Interactive video
•
2nd - 5th Grade
15 questions
Spanish Numbers 1-100
Quiz
•
3rd - 9th Grade
20 questions
preterito vs imperfecto
Quiz
•
5th - 12th Grade