

TING 3 - SAJAK KIJANG YANG LELAH
Presentation
•
Education
•
9th Grade
•
Practice Problem
•
Medium
Syafiq Shariffuddin
Used 18+ times
FREE Resource
5 Slides • 5 Questions
1
(KOMSAS) SAJAK KIJANG YANG LELAH
karya Wan Marzuki Wan Ramli
2
RANGKAP 1
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
MAKSUD : Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.
3
RANGKAP 2
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap.
MAKSUD : Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.
4
RANGKAP 3
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
MAKSUD : Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.
5
RANGKAP 4
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.
MAKSUD : Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.
6
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 1
Berapakah rangkap yang terdapat dalam sajak "Kijang Yang Lelah" ?
empat
lima
enam
tujuh
7
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 2
Apakah tema yang sesuai bagi sajak "Kijang yang Lelah" ?
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.
Kepayahan kijang tua hidup di bandar.
Kebahagiaan hidup seekor kijang di hutan.
Keinginan kijang tuan untuk menikmati hidup yang selesa.
8
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Yang manakah BUKAN persoalan dalam sajak "Kijang yang Lelah" ?
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan.
Hidup bebas membawa erti kebahagian.
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.
Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.
9
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 4
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
Apakah NILAI bagi rangkap di atas?
Ketabahan
Berhemah tinggi
Kerajinan
Keberanian
10
Multiple Choice
LATIHAN PENGUKUHAN 5
Yang manakah antara berikut merupakan pengajaran yang diperoleh daripada sajak "Kijang Yang Lelah"?
Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
Janganlah kita mementingkan diri sendiri.
Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat.
Kita hendaklah membuat keputusan menggunakan kehendak dan nafsu.
(KOMSAS) SAJAK KIJANG YANG LELAH
karya Wan Marzuki Wan Ramli
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 10
SLIDE
Similar Resources on Wayground
9 questions
Bahasa Indonesia Unsur Teks Fiksi
Presentation
•
9th - 10th Grade
7 questions
Kromosom - DNA - Gen
Presentation
•
9th Grade
8 questions
TING 2 -SYAIR SUCIKAN HATI
Presentation
•
8th Grade
8 questions
MATERI BILANGAN BERPANGKAT
Presentation
•
9th Grade
8 questions
MATERI LITERASI FINANSIAL
Presentation
•
9th Grade
6 questions
Ilmu Pengetahuan Alam
Presentation
•
10th Grade
7 questions
Dinamika Perwujudan Pancasila kelas 9 bab 1
Presentation
•
9th Grade
9 questions
Teknologi Ramah Lingkungan
Presentation
•
9th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade