

POLA AYAT
Presentation
•
Other
•
1st - 5th Grade
•
Hard
Cikgu Hani
Used 10+ times
FREE Resource
6 Slides • 0 Questions
1
POLA AYAT
Terdapat 4 pola ayat dalam bahasa Melayu:
1. FN = FN
2. FN = FK
3. FN = FA
4. FN = FSN

2
Kaedah mengenal pasti pola ayat.
1. Kenal pasti ayat dasar atau ayat inti dalam sesuatu ayat dengan cara membuang penerang dan keterangan.
Contoh:
(a) Pemain yang lincah itu akan mewakili pasukan JDT pada musim depan (ayat majmuk)
(b) Pemain itu akan mewakili pasukan JDT. (ayat inti)
3
Kaedah mengenal pasti pola ayat.
2. Kenal pasti subjek dan predikat. (Jika susunan ayat itu songsang, pastikan anda mengubah kepada susunan biasa dahulu).
Subjek: Pemain itu
Predikat: akan mewakili pasukan JDT
4
Kaedah mengenal pasti pola ayat.
3. Kenal pasti INTI FRASA untuk menentukan jenis frasa sama ada FN, FK, FA atau FSN.
- Jika INTI FRASA ialah kata nama, maka frasa tersebut ialah FN.
- Jika INTI FRASA ialah kata kerja, maka frasa tersebut ialah FK.
- Jika INTI FRASA ialah kata adjektif, maka frasa tersebut ialah FA.
5
Kaedah mengenal pasti pola ayat.
Contoh:
- INTI bagi frasa "pemain itu" ialah pemain.
Oleh sebab "pemain" ialah kata nama, maka frasa "pemain itu" ialah frasa nama (FN).
- INTI bagi frasa "akan mewakili pasukan JDT" ialah mewakili.
Oleh sebab "mewakili" ialah kata kerja, maka frasa "akan mewakili pasukan JDT" ialah frasa kerja (FK).
Oleh itu, ayat " Pemain yang lincah itu akan mewakili pasukan JDT pada musim depan" berpola FN +FK.
6
PERINGATAN !
1.Hanya golongan kata utama yang boleh menjadi inti.
2. Kata tugas tidak boleh menjadi inti KECUALI kata sendi yang boleh menjadi kepala kepada frasa sendi nama.
Contoh:
Mereka akan ke Kuala Lumpur
Subjek: Mereka
Predikat: akan ke Kuala Lumpur
Pola ayat: FN + FSN
- Perkataan "akan" dalam ayat di atas tidak boleh menjadi kepala kerana "akan" ialah kata tugas.
- Hanya kata sendi nama yang boleh menjadi kepala dalam frasa sendi nama.
POLA AYAT
Terdapat 4 pola ayat dalam bahasa Melayu:
1. FN = FN
2. FN = FK
3. FN = FA
4. FN = FSN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 6
SLIDE
Similar Resources on Wayground
7 questions
OTOT.pdf
Presentation
•
KG
6 questions
HURUF BESAR DAN TITIK NOKTAH
Presentation
•
1st - 5th Grade
6 questions
UNIT 4 - CETAKAN
Presentation
•
1st - 5th Grade
4 questions
Situs Judi Online Terpercaya
Presentation
•
KG
9 questions
Pancasila
Presentation
•
1st - 5th Grade
7 questions
HASIL KARYA ANAK
Presentation
•
KG
3 questions
UNIT 6 : MINDA POSITIF BADAN AKTIF
Presentation
•
3rd - 4th Grade
8 questions
Asy Syarh
Presentation
•
1st - 6th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade