

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
Presentation
•
History
•
11th Grade
•
Hard
Z R
Used 3+ times
FREE Resource
16 Slides • 0 Questions
1
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang

2
SISTEM PENTADBIRAN KMM
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang lengkap, tersusun dan berhierarki.
Dikenali sebagai sistem Pembesar Empat Lipatan
Pembesar Berempat terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana.
Pembesar lain yang membantu ialah Syahbandar, Bentara,
Orang Kaya, hulubalang dan penghulu.
Sultan Melaka memberikan kuasa kepada Pembesar Berempat untuk memerintah kawasan pegangan iaitu kawasan yang dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat
3
SISTEM PENTADBIRAN KMM
Mempunyai dua peringkat pentadbiran iaitu
1. pentadbiran pusat
2. peringkat jajahan
4
PENTADBIRAN PUSAT
Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
[ Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana]
BENDAHARA
Ketua pentadbir
Ketua turus angkatan tentera
Penasihat Sultan dalam pelbagai hal
Pemangku Sultan
5
PENTADBIRAN PUSAT
Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
[ Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana]
PENGHULU BENDAHARI
Dilantik untuk menguruskan perbendaharaan/kewangan
[ hasil sumber segala urusan perdagangan/cukai/ufti dari wilayah taklukan serta naungan]
Syahbandar - mengutip cukai di pelabuhan
Pembesar - mengutip cukai di kawasan pegangan
Hasil perbendaharaan disalurkan utk kepentingan kerajaan contohnya membeli senjata dan membina istana
6
PENTADBIRAN PUSAT
Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
[ Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana]
TEMENGGUNG
Menjaga keamanan dan keselamatan kota Melaka
LAKSAMANA
Panglima angkatan laut Melaka
Menjaga keamanan dan keselamatan di laut
7
PENTADBIRAN PERINGKAT JAJAHAN
Pembesar menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung
Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat
Menjaga keamanan kawasan pentadbiran
Dibenarkan mengutip cukai
8
UNDANG-UNDANG KMM
Terdapat dua undang-undang Kesultanan Melayu Melaka
1. Hukum Kanun Melaka
2. Undang-undang Laut Melaka
Kedua-dua ini berasaskan syariah dan hukum adat.
9
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
PERANAN NAKHODA
Nakhoda berkuasa penuh.
Dibaratkan sebagai raja dalam pelayaran
Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda
Dalam Fasal 13.1 dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari
Dalam Fasal 13.3 pula dinyatakan sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan.
10
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
PELAYARAN
Terdapat pegawai lain selain nakhoda antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu.
Pelaksanaan peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar.
Dalam Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran.
Jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
11
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
JENAYAH
Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
Undang-undang ini menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak.
Dalam Fasal 5, seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati.
12
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
PERCUKAIAN
Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan
Contohnya cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
Dalam Fasal 63, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpangsekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari
13
HUKUM KANUN MELAKA
JENAYAH
Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian
Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri.
Dalam Fasal 5.1, apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar maka dia akan dihukum bunuh.
Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.
14
HUKUM KANUN MELAKA
PERANAN SULTAN DAN PEMBESAR
Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran
Mereka arif dalam hal berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang
Contohnya dalam Fasal 1 dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar contohnya Bendahara dan Temenggung.
15
HUKUM KANUN MELAKA
KEKELUARGAAN
Undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga
Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga/perkahwinan
Antara hukum dalam perkahwinan termasuklah Fasal 26 yang menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja.
Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan.
16
HUKUM KANUN MELAKA
EKONOMI
Perdagangan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia.
Undang-undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka
Bertujuan untuk tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Dalam Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman, dan perlu melafazkan niat jual beli.
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 16
SLIDE
Similar Resources on Wayground
10 questions
Perayaan utama di Malaysia
Presentation
•
12th Grade
14 questions
X - BAB 2. D. Hub Pancasila dengan Peraturan Perundang-Undangan
Presentation
•
10th Grade
11 questions
PERPAJAKAN
Presentation
•
11th Grade
8 questions
4.4 . FAKTOR YANG MENGUKUHKAN PERSATUAN
Presentation
•
12th Grade
11 questions
SEJARAH TAHUN 5- UNIT 4 (TERGUGATNYA KEDAULATAN NEGARA)
Presentation
•
9th - 11th Grade
15 questions
Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan
Presentation
•
11th Grade
6 questions
5.2 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN AWAL
Presentation
•
KG
8 questions
Sejarah Indonesia XI
Presentation
•
11th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade