Search Header Logo
Ringkasan

Ringkasan

Assessment

Presentation

World Languages

1st - 3rd Grade

Hard

Created by

ABD Moe

Used 1+ times

FREE Resource

1 Slide • 0 Questions

1

Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan tersebut, tulis ulasan tentang faktor-faktor remaja hilang minat terhadap pelajaran. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Golongan remaja mendominasi kumpulan usia dalam komposisi muda ini seharusnya menjadi tulang belakang pembentukan masyarakat yang berdaya saing dalam proses pembangunan negara. Harapan yang besar itu seperti tidak tercapai apabila sebahagian daripada mereka hilang minat untuk belajar ketika melangkah kaki ke sekolah menengah. Hal ini terjadi apabila golongan ini terpengaruh oleh persekitaran mereka seperti bergaul dengan rakan sebaya yang keciciran dalam pendidikan, tarikan terhadap hiburan, dan suka bermalas-malasan. Dengan situasi yang berlaku itu, kita semakin risau tentang nasib dan masa depan negara yang bakal diterajui oleh mereka pada suatu hari nanti.

Perasaan tidak peka terhadap kepentingan akademik dalam kehidupan itu semakin bertambah apabila terserlah sikap anggota masyarakat yang bermentaliti kurang mementingkan ilmu. Pergaulan remaja dengan golongan ini telah mengganggu fokus mereka terhadap kepentingan akademik. Oleh sebab itu, azam untuk maju dalam pelajaran semakin terhakis dan tidak begitu diendahkan. Situasi ini bertambah malang apabila suasana tidak meminati pelajaran itu menjangkiti murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan awam. Kelekaan mereka terhadap pelajaran ini didorong oleh ketiadaan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Golongan ini akhirnya hilang panduan dan menyalahkan orang lain apabila mereka kandas dalam pelajaran. Sebenarnya, kegagalan itu berpunca daripada sikap tidak mementingkan kecemerlangan dalam pelajaran tetapi hakikat ini sukar diakui oleh mereka.

Minat golongan ini terhadap pelajaran yang kian pudar ada hubungan dengan kecenderungan mereka berserah pada nasib; untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tambahan pula, mereka tidak bijak mengurus masa yang menjadi penyebab mereka menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Dengan itu, lebih banyak masa dibazirkan untuk menonton televisyen, selain berbual kosong di Internet. Jika dibandingkan dengan murid-murid lain, kelompok ini hanya bergaul dengan rakan-rakan yang tiada matlamat dalam pelajaran. Apabila mereka berada dalam kalangan rakan yang sebegini, sudah pasti mereka tidak gemar untuk mengulang kaji pelajaran secara kumpulan yang sebenarnya lebih berkesan kerana segala masalah pembelajaran dapat diatasi bersama-sama ahli kumpulan.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Remaja Hilang Tumpuan pada Pelajaran" oleh Noraziah Mohd. Amin, Dew an Siswa, Februari 2014.)

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 1

SLIDE