
MENUAI EMAS
Presentation
•
World Languages
•
University
•
Hard
Cikgu Aini
Used 2+ times
FREE Resource
17 Slides • 4 Questions
1
MENUAI EMAS
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
2
Petikan daripada "menuai Emas"
Ini zaman moden, zaman serba maju. Alif berazam membawa kemajuan dengan cara tersendiri. Menjadi petani alaf baharu ini tidak perlu lagi bertajak, berkubang dan berselut badan merembas menerung yang degil liat, Kerja itu semua dapat dilaksanakan dengan mudah oleh mesin pembajak, tanpa harus mengotorkan tubuh. Tidak lagi pernah terbongkok-bongkok mengerat padi, sebelum dibanting di dalam tong bertutup separuh layar. Dengan jentera tuai, petak sawah akan terang lapang dalam masa singkat.
3
"Tak sangka, ya. Tengoklah petak-petak ini sekarang dipenuhi emas belaka!"
Suara Tuk Ketua menyapa gegendang telinga Alif. Rupa-rupanya dia juga menurut langkah anak muda itu meniti permatang.
Alif menarik nafas lega. "Alhamdulillah. Ini benar-benar bantuan Allah dan berkat doa yang tak putus."
Ini benar-benar bantuan Allah.
4
Demikianlah keyakinan yang jitu, Jika ini hadiah atas sabar dan redanya, dia amat-amat bersyukur. Jika ini nikmat, dia berterima kasih, juga amat bersyukur. Jika ini yang bakal menjadi cabaran buatnya, dia akan bersedia menerima dan tetap bersyukur.
5
Sedih, tangis dan luka di jiwa semakin terubat. Dia pernah dihina, dikutuk dan dimarahi kerana beria-ia memujuk para tuan tanah supaya menolak tawaran menjual petak masing-masing kepada syarikat penaju perumahan. Dia malah nyaris diparang oleh Abang Man kerana dituduh menghasut. Dia sabar, dia reda dengan semua itu. Dia bersyukur kerana dia masih selamat. Inilah hasil keyakinan pada doa, dan berdoa dengan yakin, dia kira.
6
TEKNIK PLOT
Imbas muka : memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa, contohnya melalui mimpi atau doa.
Imbas kembali: MEngingatkan peristiwa yang sudah berlaku semula melalui perbualan , khayalan, atau kenangan.
Dialog: Pertutuan antara watak
Monolog: Kata-kata yang diungkapkan untuk diri sendiri
monolog dalam: pengucapan di dalam hati
pemerian: menggambarkan sesuatu peristiwa secara langsung
kejutan: Perubahan yang berlaku secara tiba-tiba untuk mengejutkan para pembacasaspens: digunakan untuk membuatkan pembaca tertanya-tanya
7
MARI KITA BELAJAR PROSES PENANAMAN PADI
8
MEMBAJAK TANAH
menggemburkan tanah bagi membolehkan ruang udara diwujudkan dalam rongga-rongga tanah agar memudahkan akar padi menjalar
9
MEMBAJAK PADA ZAMAN DAHULU
zaman dahulu menggunakan tenaga haiwan bagi membantu membajak sawah
10
Semaian
Proses semaian dilakukan terlebih dahulu sebelum di alihkan pada petak sawah sebenar
11
Penanaman
Kemudian pokok padi yang telah disemai dipindahkan ke petak-petak sawah
12
Pembajaan
Baja ditabur pada pokok padi
13
Meracun
tujuan semburan racun perosak adalah bagi membolehkan pokok padi hidup subur tanpa gangguan serangga
14
Menuai
proses memetik padi
15
Mengirik atau membanting
proses menguraikan padi dari tangkainya
16
Mengangin / menampi
Menghuroi atau mengangin padi bertujuan untuk mengasingkan buah padi yang hampa (kosong) dengan padi yang berisi. Proses ini dilakukan menggunakan nyiru jarang dengan bantuan angin yang akan membawa buah padi yang kosong lebih jauh berbanding padi-padi yang berisi.
17
JOM UJI MINDA
18
Multiple Choice
Yang berikut ialah ciri-ciri pertanian alaf baharu, kecuali
menggunakan tajak
menggunakan jentera pembajak
petani tidak bergelumang dengan lumpur dan kotor
menjimatkan masa
19
Multiple Choice
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan cerpen ialah
nilai kegigihan
cinta akan negara
nialai amanah
nilai berdikari
20
Multiple Choice
Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan tersebut ialah
masyarakat petani
golongan muda yang tabah berusaha
masyarakat bandar yang materialistik
masyarakat yang berperanan sebagai ketua dalam organisasi
21
Multiple Choice
Apakah teknik penceritaan bagi perenggan terakhir petikan di bawah
Sedih, tangis dan luka di jiwa semakin terubat. Dia pernah dihina, dikutuk dan dimarahi kerana beria-ia memujuk para tuan tanah supaya menolak tawaran menjual petak masing-masing kepada syarikat penaju perumahan. Dia malah nyaris diparang oleh Abang Man kerana dituduh menghasut. Dia sabar, dia reda dengan semua itu. Dia bersyukur kerana dia masih selamat. Inilah hasil keyakinan pada doa, dan berdoa dengan yakin, dia kira.
Teknikmonolog
teknik dialog
teknik pemerian
teknik kejutan
MENUAI EMAS
ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH BAHASA
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 21
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
Vokal, Diftong dan Artikulasi Sertaan
Presentation
•
University
14 questions
Das Geburtstag
Presentation
•
12th Grade - University
15 questions
UUD NRI 1945
Presentation
•
KG
18 questions
Materi Artikel Kelas XII SMA
Presentation
•
KG - University
16 questions
Membaca Skimming dan Scanning dalam Bahasa Indonesia
Presentation
•
University
16 questions
MALA 1110 Unit 4 Lesson 22 : Food Adjectives & Verbs
Presentation
•
University
19 questions
Mandarin clock
Presentation
•
University
15 questions
BAHASA INDONESIA KELAS 5
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade